Sahabat Que 'Silent Readers'

CHETZ YUSOF TERKINI [Isu Video Anjing] | Chetz Enggan Minta Maaf, Buat Laporan Polis Kerana Ancaman Bunuh

8/01/2013 02:17:00 pm


CHETZ YUSOF TERKINI [Isu Video Anjing] | Chetz Enggan Minta Maaf, Buat Laporan Polis Kerana Ancaman Bunuh | Pembikin video kontroversi bersama anjing peliharaannya, Chetz Yusof atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof bertegas tidak akan memohon maaf.



Ini kerana dia menganggap apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Memetik sumber berita Astro Awani, Chetz berkata;

” Saya tiada niat untuk menghina Islam dan saya tidak akan memohon maaf untuk sesuatu yang saya anggap bukan satu kesalahan”.

Chetz turut berpendapat bahawa video itu bukan kesalahannya ataupun tanggungjawabnya sekiranya orang ramai tersalah faham tentang maksud sebenar video itu.

” Jikalau saya memohon maaf untuk video itu, ia bermaksud saya bersetuju bahawa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Video itu bukan menghina Islam.

” Membuat tuduhan bahawa saya ingin menghina Islam ialah seperti memfitnah saya,” katanya.

Selain itu, jurutera berusia 38 tahun ini juga berasa bimbang dengan keselamatan diri, anjing-anjingnya serta keluarganya selepas menerima ancaman bunuh menerusi SMS.

” Saya telah membuat laporan polis semalam tentang orang-orang yang telah memuat naikkan video itu semula dan menuduh saya menghina Islam.

” Hari ini saya akan membuat lagi satu laporan polis mengenai ancaman bunuh yang saya terima,” jelasnya lagi.

Video yang berdurasi 1 minit 44 saat itu memaparkan Chetz memakai Baju Melayu hitam, membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula. Kemudian dia mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk haiwan-haiwan tersebut.


Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu). Ia turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga” dengan gambarnya duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

rujuk entri sebelum, Klik SINI, SINI, SINI & SINI

sumber: http://mynewshub.my/?p=181545

You Might Also Like

3 comments

  1. jgn sebab dia sayang kan anjing kita semua menghukum dia... yang nampak cuci kaki je x nampak perlakuan berwuduk... walluhalam. niat orang ni sesuatu yg ghaib, hanya Allah yg tahu. kalau kita salah tafsir niat orang, dah jadi fitnah pula. Kalau betul dia salah tak payah la melatah, kita sekadar nak naik kan nama dia lagi, dari tak kenal org dh kenal...

    ReplyDelete
  2. nak komen pun x sure... mana satu betul mana satu idak =.='

    ReplyDelete
  3. Nak bela anjing memang tak haram . Islam ni ada caranya nak bela . Bela untuk sebab keselamatan , letak depan rumah . Bukan sebagai haiwan peliharaan macam kucing . Kita bukan boleh comform yg tangan kita kering anjing tu kering . Kalau terpegang hidung dia , kena jilat dgn air liur dia . Mungkin ada org ckp video tu tak menghina , tapi sekurang2 nya ada sesiapa yg sedarkan dia dgn perbuatan dia tu . Bela anjing sebagai haiwan peliharaan tu salah ! Mungkin dia ni tak tahu hukum dan cara .

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad