Sahabat Que 'Silent Readers'

[GAMBAR] ZUHUD Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Sempena Ramadhan | Sahur Bersama Rakyat Di Atas Tangga Masjid

8/13/2013 08:10:00 pm

[GAMBAR] ZUHUD Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Sempena Ramadhan | Sahur Bersama Rakyat Di Atas Tangga Masjid | Sultan Kelantan memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.

GAMBAR Sultan Kelantan [Sultan Muhammad V] Yang Menarik Qiam Sempena Ramadhan | Sahur Bersama Rakyat Di atas Tangga Masjid

Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli Jemaah Masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga Imam disebelah asyik melihat kehairanan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Ini aku (kakisembang) bawak satu Kisah Raja Yang Amanah Semoga Kisah Ini Memberi Pengajaran Yang Berguna Kepada Kita Semua


Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"

Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

sumber: KakiSembang.com

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad