Sahabat Que 'Silent Readers'

1 MAUT: Kemalangan NGERI Di Gua Musang | MELIBATKAN KERABAT DI RAJA KELANTAN

8/18/2013 01:32:00 pm


1 MAUT: Kemalangan NGERI Di Gua Musang | MELIBATKAN KERABAT DI RAJA KELANTAN | Gua Musang: “Saya melihat kereta dinaiki tiga beradik itu menuju ke arah saya di laluan bertentangan sebelum mengelak, namun bertembung dengan dua lagi kereta di belakang yang sama-sama menuju ke arah Kuala Krai, ” kata Yusri Ismail, 31, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi, seorang maut dan lima parah, termasuk tiga beradik kerabat diraja Kelantan, selepas kereta dinaiki bertembung di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Krai berhampiran Gua Sejuk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Mangsa yang maut dikenali Mohd Saiful Bahri Awang, 41, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A manakala isterinya Siti Nor Fazlina Mohamad, 34, yang juga jururawat Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, cedera parah. Tiga beradik terbabit itu turut mengalami cedera parah iaitu Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, adiknya Tengku Fatimah Ainura, 34, dan Tengku Farini Amelina, 26, selain penyelia Tanah Rancangan Felda Jengka 9, Mohd Faizal Mohd Sukri, 30, yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

SEORANG kerabat Diraja Kelantan terlantar di tengah jalan dalam keadaan cedera parah dalam kejadian itu.Yusri dan isterinya Faradila Kadir, 30, terselamat kerana sempat mengelak.

sumber: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/kemalangan-ngeri-di-gua-musang.html

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad