JAKIM Putuskan Pelatih Anjing Muslim CHETZ YUSOF/MAZNAH YUSOF, HINA ISLAM | Kata Datuk Seri Jamil KhirPutuskan Pelatih Anjing Muslim, HINA ISLAM | Kata Datuk Seri Jamil Khir

JAKIM Putuskan Pelatih Anjing Muslim CHETZ YUSOF/MAZNAH YUSOF, HINA ISLAM | Kata Datuk Seri Jamil Khir | Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan pelatih anjing Muslim Maznah Mohd Yusof menghina agama Islam melalui videonya yang tersebar luas di YouTube.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Jakim akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Rakaman video yang menunjukkan seorang Maznah menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya tersebar luas menyebabkan beliau dibawa ke Segamat, Johor untuk ditahan reman.Bagaimanapun, Maznah sudah dibebaskan sebentar tadi.
 
Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas hari ini.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa. – 2 Ogos, 2013.

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

shark said...

Kata putus x mmberi efek apa2..
Jalankan saja hukuman.

Melayu Bukan Islam said...

Kes raya dengan anjing korang ambil tindaka. Macam mana dengan kes tinggalkan ibu bapa yang sudah tua di rumah untuk warga emas, ditinggalkan beraya berseorangan. Tak nak ambil apa2 tindakan ke? Macam mana dengan kes dato bela 4 ekor anjing dirumah, dalam rumah ada minibar penuh dengan alkohol tak ambil tindakan ke?

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts