Sahabat Que 'Silent Readers'

Mukjizat Nabi Muhammad SAW | Pohon Kurma Yang Tiba-Tiba Berbuah

8/09/2013 10:47:00 am


Mukjizat Nabi Muhammad SAW | Pohon Kurma Yang Tiba-Tiba Berbuah | Diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sewaktu Bapakku meninggal, ia masih mempunyai hutang yang banyak.

 

Kemudian, aku mendatangi Rasulullah SAW untuk melaporkan kepada Baginda mengenai hutang bapakku. Aku berkata kepada Rasulullah SAW:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ya Rasulullah, bapakku telah meninggalkan banyak hutang. Aku sendiri sudah tidak mempunyai apa-apa lagi kecuali yang keluar dari pohon kurma. Akan tetapi pohon kurma itu sudah dua tahun tidak berbuah.

Hal ini sengaja aku sampaikan kepada Rasulullah agar orang yang memiliki piutang tersebut tidak berbuat buruk kepadaku. Kemudian Rasulullah mengajakku pergi ke kebun kurma. Sesampainya disana Baginda mengitari pohon kurmaku yang dilanjutkan dengan berdo’a kepada Allah SWT. Setelah itu Baginda duduk seraya berkata kepadaku, 

“Ambillah buahnya.” Mendengar perintah Rasulullah SAW wasallam tersebut, aku langsung memanjat pohon kurma untuk memetik buahnya yang tiba-tiba berbuah. Buah kurma itu kupetik sampai cukup jumlahnya untuk menutupi hutang bapakku, bahkan sampai lebih. (Hadits sahih Bukhari Juz 4 no 780.)

Dan banyak lagi mukjizat-mukjizat lainnya yg tidak sempat lagi Abe tuliskan disini, semoga hadits diatas menambah wawasan kita terhadap Baginda Rasulullah SAW, dan boleh menambah kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah SAW.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad