Sahabat Que 'Silent Readers'

[TERKINI] TRAGEDI BAS JATUH GAUNG | Tragedi Genting Highlands: SADIS: HANYA Tahu KEMATIAN KAKAK Pada Hari Ke-3 TRAGEDI

8/24/2013 03:00:00 pm

TERKINI] TRAGEDI BAS JATUH GAUNG | Tragedi Genting Highlands: SADIS: HANYA Tahu KEMATIAN KAKAK Pada Hari Ke-3 TRAGEDI | KUALA LUMPUR – Kebimbangan seorang wanita mengenai kakaknya yang dilaporkan tidak hadir ke tempat kerja terjawab apabila wanita itu, Yap Moi, 60, merupakan seorang daripada 37 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas henti-henti di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands pada Rabu lalu.
YOP PENG menunjukkan gambar kakaknya yang maut dalam nahas bas henti-henti di Jalan Genting Highlands.
Yap Yop Peng, 57, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas majikan Yap Moi menghubunginya apabila usaha mencari wanita itu yang bekerja sebagai tukang cuci gagal.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

“Majikan kakak saya telah menyemak akaun banknya dan mendapati dia (Yap Moi) ada melakukan transaksi di sebuah bank di Genting Highlands.

“Selepas mendapat tahu dia pergi ke sana, saya datang ke hospital dan terkejut apabila mendapati kakak saya merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan tersebut,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

sumber: http://www.kosmo.com.my

lagi ENTRI berkaitan:

Tragedi Bas Jatuh Gaung
Gambar Terkini Bas Jatuh Gaung
Tragedi Genting
Video TERKINI TRAGEDI GENTING HIGHLANDS


You Might Also Like

2 comments

  1. Malang memang tidak berbau.

    ReplyDelete
  2. sadisnyer... nasib kaka dia bijak... kalau tak dia mesi tak tahu kaka dia pergi kemana...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad