Sahabat Que 'Silent Readers'

MALAYSIA vs BARCELONA | SALUTE TO WAN ZACK HAIKAL

8/12/2013 03:39:00 pm


MALAYSIA vs BARCELONA | SALUTE TO WAN ZACK HAIKAL | Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona.
 

Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam kelmarin. Namun bagi Abe, insiden paling menarik malam tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol. Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan.

Mungkin ramai mempersoalkan tindakan Wan Zack memandangkan ini hanyalah perlawanan persahabatan. Tapi tindakan 'kurang ajar' Fabregas juga tidak patut dilakukan atas nama profesionalisme... dan Wan Zack muncul untuk 'mengajar'nya, tidak kira sebesar mana taraf nama Fabregas berbanding pemain2 Malaysia.

Setinggi-tinggi tabik respek untuk Wan Zack Haikal... Ini attitude yang patut dipunyai oleh semua rakyat Malaysia.

Bangkit mempertahankan bila maruah negara cuba diperlekehkan!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

10 comments

  1. fabregas tu telor pun takdak...mana ada berani gocoh...pi mampus dgn si bodoh sepanyol tu..berlagak..main reserve saje utk barcelona nak angkuh...

    ReplyDelete
  2. Aku nampak sebaliknya..Tiupan wisel pengadil telah berbunyi mengapa dia terjah kaki febregas pulak? Tindakan yg paling bodoh yg diperlakukan zack haikal.Pastu nak ajak bertumbuk. Nampak sangat mcm samseng taik kucing! Menunjukkan mentaliti org melayu suka bergaduh dan panas baran

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat skuad Malaysia yang mempamer aksi yang agak membanggakan..

    ReplyDelete
  4. Kalau wan zack tumbuk muka dia, mesti famous satu dunia. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Kita Kalah pun bangga....

    Sampai bila nak mcm tue....

    Cer sekali skali kita Bangga atas kemenagan....

    Dulu time supper Mokh.ada..kita Menang..pada pasukan besar....

    Cuma skg.belum nampak yg pasukan kita bolh mencapai taraf tue....

    ReplyDelete
  6. TAK PATUT WAN ZACK BUAT BEGITU...TUGAS 'MENGAJAR' BUKAN TUGAS DIA SEBAGAI PEMAIN...BIAR PENGADIL YANG MENGAJAR FABREGAS...TUNJUKKANLAH SIFAT BAIK BUDI BAHASA ORANG MALAYSIA... FAIRPLAY...

    ReplyDelete
  7. "Your comment will be visible after approval."

    ReplyDelete
  8. gua chaya sama lu wan zack..
    lagi gua chaya amri yahya..

    ReplyDelete
  9. adik ipar aku pi stadium cakap, pemain Malaysia main keras sangat mlm tue, sbb tu messi tak diturunkan, takut kena mcm neymar. dlm tv ada dengar boo, katanya itu utk pemain Malaysia, nak sgt menang sampai lupa itu hanya perlawanan persahabatan. kalah tetap dah..

    ReplyDelete
  10. nanti Dialoq Wan Zack pada tahun 2050 '' Cucu2 kenal Febregas? pemain Bola dunia tu....dulu2 atuk pernah la nak bergaduh dgn dia dulu..Tapi nasib Baik la Neymar Halang atuk.''...hahaha..kome ado?

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad