Sahabat Que 'Silent Readers'

JALAN UTAMA DITUTUP SEMPENA HARI KEMERDEKAAN | 31 Ogos 2013

8/27/2013 12:42:00 pm


JALAN UTAMA DITUTUP SEMPENA HARI KEMERDEKAAN | 31 Ogos 2013 | Salam, Abe hanya berkongsi Info Terkini jalan2 Utama sekitar Ibunegara yang di TUTUP sempena Hari Kemerdekaan. Info ni Abe dapat daripada perkongsian sahabat dalam WhatsApp Group. TQ. 


Kuala Lumpur, 26 Ogos - Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula esok untuk raptai sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka pada Sabtu.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan berkenaan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula esok hingga Sabtu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Antara jalan itu ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.

Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato' Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut ditutup, katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan pula ditutup dari 9 malam Jumaat hingga 12 tengah hari Sabtu sempena sambutan kemerdekaan itu.
Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad