Sahabat Que 'Silent Readers'

Rumah Terbuka Hari Raya OLDTOWN White Coffee | @ OLDTOWN White Coffee Bandar Baru Bangi

8/11/2013 02:45:00 pm


Rumah Terbuka Hari Raya OLDTOWN White Coffee | @ OLDTOWN White Coffee Bandar Baru Bangi | OLDTOWN White Coffee akan menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya | Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang, OLDTOWN White Coffee akan menjadi tuan rumah kepada majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang julung kali dianjurkan dan akan dibuka kepada orang ramai pada 24hb Ogos 2013 ini jam 11 pagi sehingga 3 petang di rangkaian kedainya di Bandar Baru Bangi.

OLDTOWN menjangka akan menjadi tuan rumah kepada kira-kira 2,000 penduduk dari kawasan Bangi, termasuk 100 orang kanak-kanak daripada tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Yayasan Sunbeams Home dan Yayasan Chow Kit yang akan diundang sebagai tetamu istimewa.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Para pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dalam suasana karnival yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan termasuklah pertandingan yang boleh disertai oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa dan persembahan hiburan yang akan menjadikan sambutan perayaan ini satu pengalaman yang indah. Pengunjung juga akan dapat menyaksikan persembahan istimewa daripada artis pujaan ramai, Hunny Madu.

Dalam meraikan acara yang meriah ini, mereka yang kurang bernasib baik juga tidak dilupakan oleh OLDTOWN, menerusi bahagian Tanggungjawab Sosial Korperatnya, OLDTOWN Children Care Fund (OCAF) yang akan menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir ke rumah terbuka tersebut.

Pengerusi OLDTOWN, Datuk Ahmed Tasir berkata beliau tidak sabar untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk daripada kawasan Bangi dan beliau turut mengalu-alukan kedatangan setiap warga Malaysia ke majlis yang penuh dengan kemeriahan ini.  “Ia merupakan rumah terbuka OLDTOWN yang pertama dan kami ingin menjadikannya sebagai majlis yang paling istimewa dan paling menyeronokkan untuk setiap orang,” kata Datuk Tasir.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai majlis ini, orang ramai boleh menghubungi Cik Norhayati di talian 03-80600880 atau kunjungi laman Facebook kami di www.facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia.

Mengenai OLDTOWN Berhad (www.oldtown.com.my)

Ditubuhkan pada tahun 1999, OLDTOWN White Coffee merupakan syarikat yang mengeluarkan pelbagai jenis produk adunan minuman segera disamping mengusahakan lebih dari 200 buah kafe di seluruh Malaysia dan di rantau ini.

Dengan hasrat untuk membekalkan kopi putih berkualiti tinggi kepada setiap isi rumah dan industri makanan di Malaysia, pengasas OLDTOWN White Coffee telah merumus adunan khas 3-dalam-1 berasaskan kepada kelazatan kopi putih Ipoh pada tahun 1999.  Pada tahun 2005, perniagaan kami telah berkembang memasuki sektor perkhidmatan makanan melalui pembukaan rangkaian kafe yang berdasarkan kepada konsep dan suasana kedai kopi tradisional di Ipoh dan dilabelkan sebagai jenama “OLDTOWN White Coffee”.

OLDTOWN kini mengeksport adunan minuman segera ke 13 buah Negara di seluruh dunia dan bercadang untuk memperkembangkan rangkaian kafenya di rantau ini.

You Might Also Like

1 comments

  1. Adui, pandainya Cina pancing! BCL, takut termakan sup katak!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad