Sahabat Que 'Silent Readers'

[GAMBAR TERKINI] BAS GENTING JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS | Tragedi Bas Jatuh Gaung: 37 MAUT

8/22/2013 02:27:00 pm

[GAMBAR TERKINI] BAS GENTING JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS | Tragedi Bas Jatuh Gaung: 37 MAUT | Bas membawa dipercayai lebih 40 penumpang dilaporkan jatuh terhumban ke dalam gaung di kilometer 3.5 dari puncak Genting Highlands tatkala menuruni bukit. Bas jatuh gaung di Genting, 37 terkorban


dikemaskini Sebuah bas terhumban ke dalam gaung di di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands petang ini.
baca lagi & LAGI GAMBAR, Klik TAJUK ENTRI ni

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata bas tersebut jatuh ke dalam gaung sedalam 200 kaki. Menurut laporan awal, 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital. Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.


lagi kisah mengenai TRAGEDI, klik SINI & SINI 


Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa. Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

 

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.


Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung. Sehingga jam 7.15 malam, 12 orang disahkan maut manakala 21 lagi dikhuatiri turut terkorban.


Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan.


Sementara itu, Bernama melaporkan  Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan. Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan. 


"Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa," katanya. Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan. Sementara itu, akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat, jumlah terkorban ialah 37 orang, 16 cedera.


Akhbar tersebut melaporkan bahawa mangsa yang terkorban terdiri daripada 32 Cina, tiga India dan dua Melayu. Semua mangsa dibawa keluar pada jam 8.15 malam. Oriental Daily juga melaporkan bahawa bas terbabit membawa 53 penumpang. Antara kemalangan bas di Genting Highlands

5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.

30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.

29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.

16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.

Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.

30 Jun 1995: Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/238917

You Might Also Like

4 comments

  1. takziah buat keluarga mangsa . kuatkan semangat . tabahkan hati .
    Al Fatihah .

    ReplyDelete
  2. Agensi spad,jpj,jkjr,puspakom pertingkatkan lg penguatkuasaan serta pd pmandu hrus mengatahui risoko djln tsbut.

    ReplyDelete
  3. Turut berduka cita pd kluarga mngsa... tabahkan hati bgi yg kehilangan... bgi mngsa islam Al fatihah...

    ReplyDelete
  4. Turut berduka cita bgi kluarga mngsa.tabahkan hati,kuatkan smngt ye..... bgi mngsa islam Al fatihah....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad