Sahabat Que 'Silent Readers'

[TERKINI] 4 Pekerja Syarikat Gores Dan Menang Dibelasah | Oleh Lebih Kurang 30 Mangsa Penipuan

1/27/2014 03:00:00 pm

[TERKINI] 4 Pekerja Syarikat Gores Dan Menang Dibelasah | Oleh Lebih Kurang 30 Mangsa Penipuan | SEREMBAN: Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap mangsa menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit, empat kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini, semalam.

belasah

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Tiga pekerja berkenaan lebam di bahagian muka manakala seorang pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

belasah2

Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang kerana ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan ringgit.

Saksi kejadian mahu dikenali Firdaus, 20 berkata, ketika rusuhan kumpulan berkenaan memasuki premis terbabit dan mengamuk meminta semula dikembalikan wang penipuan ahli keluarga mereka.

Katanya, penipuan dilakukan sejak setahun lalu terhadap ratusan mangsa membabitkan puluhan ribu seorang.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak lagi terpedaya dengan penipuan itu.

Katanya, kes terbabit turut disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

You Might Also Like

1 comments

  1. pekerja syarikat gores dan menang ni dari pengalaman sendiri, lagi kita kata tak nak, lagi dia paksa dan kejar... mesti ada sebab lah ni jadi macam ni...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad