Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Mayat ‘HIDUP SEMULA’ Di Brazil | FAKTA ATAU AUTA?

1/18/2014 02:00:00 pm

[EKSKLUSIF] Mayat ‘HIDUP SEMULA’ Di Brazil | FAKTA ATAU AUTA? | SAO PAOLO – Seorang wanita Brazil yang menziarahi kubur keluarganya di sini pada minggu lalu, mengalami detik-detik menakutkan selepas ternampak mayat seorang lelaki ‘hidup semula’ dan cuba keluar daripada kuburnya.

buried-alive
KEADAAN lelaki yang dikatakan mati hidup semula selepas seorang wanita ternampak mangsa menggali keluar daripada ‘kuburnya’ sendiri di Ferraz de Vasconcelos, Sao Paulo
Dalam kejadian yang berlaku di tanah perkuburan di Ferraz de Vasconcelos, Sao Paulo, wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia pada mulanya terdengar suara halus daripada sebuah kubur di situ.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Jelasnya, dia terperanjat apabila melihat tanah di kubur terbabit bergerak dan susuk tubuh lelaki keluar dari tanah sambil menggerakkan kedua-dua belah tangannya.

“Saya berasa seram apabila melihat lelaki itu yang disangka telah mati, cuba keluar daripada kubur,” katanya.

Wanita itu pada mulanya melarikan diri, tetapi datang semula ke lokasi kejadian dan menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

“Pada mulanya saya menghubungi polis, namun mereka tidak percaya kerana berfikir saya sekadar berlawak dan cuba membuang masa mereka.

“Saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak perkuburan bagi meyakinkan pihak polis bahawa laporan saya itu benar,” jelasnya.

Satu rakaman video yang disiarkan dalam laman perkongsian video, YouTube menunjukkan lelaki terbabit memakai pakaian kelabu dan separuh daripada badannya tertanam.

Mangsa kelihatan sukar bernafas, namun dapat diselamatkan oleh petugas keselamatan yang dikerah ke lokasi kejadian.

Siasatan polis mendapati, lelaki yang merupakan bekas pekerja majlis perbandaran itu, terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan dia cedera teruk, namun disangka telah mati oleh penyerangnya.

Penyerangnya kemudian menanam lelaki itu di tanah perkuburan terbabit untuk menyembunyikan kes ‘pembunuhan’ tersebut.

Lelaki yang tidak dikenali itu kini dirawat di sebuah hospital tempatan dan dilaporkan stabil serta akan menjalani ujian psikologi. – AGENSI

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad