[PENDEDAHAN TERGEMPAR] Benarkah Pulau Socotra, Yemen Pulau Di Mana DAJJAL Dirantai? | [18 GAMBAR] Apa Kaitan Pulau Ini Dengan Dajjal?
1/22/2014 11:00:00 am
[PENDEDAHAN TERGEMPAR] Benarkah Pulau Socotra, Yemen Pulau Di Mana DAJJAL Dirantai? | [18 GAMBAR] Apa Kaitan Pulau Ini Dengan Dajjal? | Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan di
tempat lainnya.

Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali 
tak tersentuh oleh dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya 
sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia.
baca lagi & lagi gambar klik TAJUK ENTRI ni
 
Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai 
tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum 
akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.

Pulau Socotra adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan  Hindi, 
sekitar 80 km sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab.
 Kawasannya masuk dalam wilayah Republik Yaman.
Berada disini seperti berada di planet lain, indah namun terkesan 
sangat aneh. Teori sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal 
makin kuat jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya 
bahawa Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman.
Menurut penelitian sejumlah pakar, Pulau Socotra merupakan pulau yang
 terbentuk sejak jutaan tahun silam dengan bentuk asli seperti itu, tak 
terusik oleh gerakan geologi dari wilayah bumi lainnya. 
Kerana kewujudannya yang terasing dari dunia luar, maka makhluk hidup 
yang ada di pulau ini bersifat endemik iaitu tidak ditemui ditempat lain
 di dunia ini.
Seperti dikutip dari Socotraislandadventure.com, dalam 
dunia pelancongan pulau Socotra dijuluki sebagai Dunia Yang Hilang. 
Flora dan fauna di pulau yang mulai menjadi destinasi baru di Timur 
Tengah ini nampak aneh. Setidaknya ada 900 jenis tanaman aneh disini.

Lihat saja pohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) yang menjadi ikon 
khas pulau ini. Disebut darah naga kerana getah pohon yang berbentuk 
payung raksasa ini berwarna merah. Konon getah pohon ini diburu orang 
sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman 
raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang pelik (punica
 protopunica).









Tak hanya flora, pulau ini juga memiliki fauna-fauna yang cantik 
namun aneh, ada spesies burung endemik seperti Socotra Starling 
Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra 
Sparrow Passer Insularis,dan Grosbeak Socotra Rhynchostruthus 
Socotranus. Ada juga Burung Penyanyi Socotra, incana-incana.
Kelawar adalah satu-satunya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini bahkan memiliki spesies endemik terumbu karang.


Apa kaitan pulau ini dengan Dajjal? 
 Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. 
Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu 
lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri sedang cekak pinggang 
dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia 
menjerit ”dukhan-dukhan (asap)”.
Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut?
 Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia 
telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali 
mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun 
Saidina Umar telah menyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu 
lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal 
dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan. 
Bentuk Fizikal Dajjal 
Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan 
sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 
2700 tahun.
Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal 
cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat 
hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah 
seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa
 Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. 
Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal 
lalu ia pun bertanya,”Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?” Apabila 
dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg 
Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu 
mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.
Tamim bertanya lagi.”apakah tanda engkau akan bebas?” Lalu Dajjal 
mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda. [Saya rasa maksud 
jawapan Dajjal itu ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum 
lelaki..bebas berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita 
lihat pada zaman sekarang-wallualam].
Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah 
Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi
 utk umat di akhir zaman yakni KITA.
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: 
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. 
Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w”. Selesai 
solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau 
Baginda sambil tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak!”.
Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.Kemudian berkata: “Tahukah 
kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami 
menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu 
berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar 
gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah
 seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia
 ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal”. 
Pulau Socotra-Yaman 
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku 
ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya 
pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan 
ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.

Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa 
berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di 
sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari.
Di pulau yang tidak berpenghuni itu mereka berjumpa dengan binatang 
yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan 
duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: 
“Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai 
lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu”. 
Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. 
Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya 
sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya 
sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang 
seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku.
 Sekarang aku pula ingin bertanya “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke 
laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke 
tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan.
 Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini”.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya
 sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia 
katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai
 kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki 
macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
“Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah 
berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk
 yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja 
mengemukakan soalan:
Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu…?
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai 
Tabarah.” Mereka menjawab: 
“Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki 
itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: 
“Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan 
akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan
 kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab:
 “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi:
 “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia
 diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau 
begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa 
Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai 
pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka 
beruntung jika taat kepadanya.” 
Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku
 terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. “Nanti aku 
akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam 
masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan 
Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah 
dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di 
atas mimbar sambil berkata”: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya
 itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan
 cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” 
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih 
meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah 
aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah 
yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal”.
“Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, 
bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w 
sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari
 arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan
 atau Asfahan. Wallahu a’lam.


 
 
 
 
 
2 comments
saya musykil dalam dua keadaan dalam cerita ini..
ReplyDeleteSetelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya,”Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?” Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal”.
adakah Saidina Tamim Abu Ad-Dhari dan Tamim Al-Dariy dua orang yang berbeza?
.”apakah tanda engkau akan bebas?” Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda. [Saya rasa maksud jawapan Dajjal itu ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum lelaki..bebas berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita lihat pada zaman sekarang-wallualam].
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"