Sahabat Que 'Silent Readers'

[TERGEMPAR] Fosil Dinosaur Ditemui Di Jertih, TERENGGANU | PELIK TAPI BENAR

1/30/2014 07:07:00 pm

[TERGEMPAR] Fosil Dinosaur Ditemui Di Jertih, TERENGGANU | PELIK TAPI BENAR | Jertih: Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar biasa.

fosil

Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni


Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenaan.Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak urat dan corak batang pokok.

Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit Keluang dan Bukit Bewah.

Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti.

Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya.


You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad