[MENARIK] Rahsia Penjual Kereta Yang Kita Tidak Tahu | WAJIB BACA !!!

[MENARIK] Rahsia Penjual Kereta Yang Kita Tidak Tahu | WAJIB BACA !!! | Setiap orang yang sudah bekerja sudah semestinya mahu memiliki sebuah kereta.


Maka pelbagai pilihan terpaksa dibuat sama ada mahu membelikereta nasional ataupun import.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Di sebelah pihak pula sebagai penjual, akan cuba menjadi salesman yang terbaik agar mendapat pelanggan. Pelanggan untung, salesman pun dapat komisen. Namun ada sesuatu yang agak menarik untuk dikongsikan bersama anda tentang rahsia penjual kereta. Namun jangan percaya bulat-bulat ya.
  • Iklan
Bila diaorang(jurujual kereta) menyiarkan iklan kereta, diaorang akan letak harga kereta paling murah. Gambar pula akan diletakkan antara koleksi gambar tercantik.

Bila anda telefon diaorang, barulah beritahu bahawa kereta itu tiada air bag, tingkap manual, tiada side skirt dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan reaksi pertama anda. Dan kemudian akan lebih mudahlah kerja mereka.
  • Trade in
Apabila anda cuba trade in kereta anda mesti anda akan bercakap keadaan kereta anda dijaga dengan elok, tiada kerosakan, pemilik seorang yang cermat dan sebagainya. Jurujual kereta hanya sekadar mendengar sahaja leteran anda.

Itupun disebabkan untuk menjaga hati anda. Kalau nak diikutkan diorg bukan nak dengar sangat pun. Tapi disebabkan anda yang akan membeli diaorang wang diaorang ikutkan sahaja. Anda perlu ingat siapa sebenarnya jurujual. Anda atau mereka?
  • Tawar menawar
Jurujual kereta suka sangat kalau anda tawar menawar dalam masa yang sama cuba trade in kereta anda. Ini amat-amat memudahkan kerja mereka. Jurujual kereta akan lebih fokuskan kebaikan kepada kereta yang anda hendak beli.

Pasal soal harga trade in? diorg ikut saja berapa yang anda nak. Anda membebellah sorang-sorang. Asalkan harga yang anda mintak jangan lebih daripada harga yang diaorang dah set jer. Kalau anda tidak ada kemahiran tawar-menawar diaoanrg akan dapat untung lebih sikit. Yang penting anda beli kereta baru.
  • Maklumat
Sebenarnya time diaorang berborak-borak dengan anda, diorg akan jugak test-test anda dengan beberapa soalan tapi sebenarnya anda tidak akan perasan pun itu sebenarnya soalan. Jurujual kereta bukannya apa, diaorang cuma nak tau berapa banyak maklumat yang anda tahu pasal kereta.

Senangla diaorang nak letak harga nanti. Diaorang lagi sukakan kalau banyak maklumat yang anda tidak tahu. Diaorang sentiasa sudi menceritakan semuanya kepada anda. Upah untuk diaorang bercerita tu tak payah kire la, free of charge. Sebab diaorang memang gemar bercerita al maklum la jurujual.
  • Layanan
Kalau anda tengok kat luar diaorang ni mungkin seorang pendiam, tidak banyak cakap, tetapi time jual kereta diaorang berubah tu anda faham2 la ye. Diaorang cari rezeki. Kalau boleh memang diorg nak layan anda macam raja, nak puji anda kalau boleh biar sampai balik pun tersengeh-sengeh teringat pujian yang diaorang berikan.

Tapi diaorang puji sebenarnya bukan ikhlas sangat pun. Anda janganla perasan lebih sangat. Jurujual rela memberi layanan istimewa kepada anda asalkan anda beli kereta daripada diaorang.

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Farah Waheda Wahid said...

terima kasih atas perkongsian ini, nak beli kereta pun kena ada ilmu juga... ^_^

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts