[PANAS] Kes Guru Mualaf SJKC Ini Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar | APA YANG BERLAKU NI?

[PANAS] Kes Guru Mualaf SJKC Ini Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar | APA YANG BERLAKU NI? | KOTA TINGGI – Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

guru-mualaf

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

“Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

“Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan,” katanya.

 Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.

p/s: TERKINI maklmat yang Abe terima, kes ini telahpun dianggap selesai setelah satu perjumpaan antara Cikgu ini, guru besar dan beberapa guru2 lain telah dibuat. Satu permohonan MAAF secara TERBUKA telah dibuat kepada Cikgu tersebut, Alhamdulillah

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

eimah siti said...

ouh...benda ni la org dok bisng2 dlm fb tuu....hari ni baru sempat bca artikel pasal ni..huhu...

Muhammad Khairuddin Lim said...

kasihannya

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts