Sahabat Que 'Silent Readers'

Tidur Dengan Mayat Suami Yang Hampir Reput | PERBUATAN TERLAMPAU

1/03/2014 11:30:00 pm

Tidur Dengan Mayat Suami Yang Hampir Reput | PERBUATAN TERLAMPAU | Seorang wanita rela tidur bersebelahan mayat suaminya selama hampir setahun kerana mendakwa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan hidup.

mayat-suami

Mayat Marcel H, 79, dibiarkan terbaring di apartmen pasangan itu di Brussel, manakala isterinya yang berusia 69 tahun setia menunggu tanpa mempedulikan bau busuk dan keadaan mayat yang mereput.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Marcel dikatakan mati akibat serangan penyakit lelah pada November tahun lalu, tetapi kematiannya tidak dilaporkan. Disebabkan jiran tetangga tidak pernah mengadu mengenai sesuatu yang luarbiasa, mayat itu hanya ditemui selepas pemilik kediaman berkenaan menyedari pasangan terbabit tidak membayar sewa sejak tahun lalu.


Dia kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa. Apabila anggota polis memasuki apartmen berkenaan, mereka terkejut kerana menemui mayat lelaki warga tua itu di atas katil.


Ahli patalogi di Pusat Forensik Liege, Philippe Boxho berkata, mayat manusia boleh terawet dalam persekitaran kering dan hangat. “Ia mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk mayat itu terawet.


“Walaupun bau mayat yang mula reput agak busuk, kebanyakan orang menganggapnya sama seperti bau sampah dan apabila mayat semakin reput, bau busuk kian berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan.

You Might Also Like

1 comments

  1. bluwerkk... sanggup dia duduk dgn bau yg busuk... sayang punya pasal...mcm2 dunia sekarang

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad