Sahabat Que 'Silent Readers'

[SERAM] 2 Kanak-Kanak Menemui Sesuatu Yang Menakutkan | [GAMBAR] Di Dalam Rumah Mereka

1/05/2014 09:00:00 am

[SERAM] 2 Kanak-Kanak Menemui Sesuatu Yang Menakutkan | [GAMBAR] Di Dalam Rumah Mereka | Kebanyakan orang percaya bahawa mereka berasa selamat apabila berada di dalam rumah mereka sendiri.

rakbuku

Walaubagaimana pun, kisah ini pula membuktikan sebaliknya, walaupun, ia jarang-jarang berlaku. Di sini, ketika kedua kanak-kanak lelaki sedang bermain di dalam bilik ibu bapa mereka, mereka telah membuat satu penemuan yang mengejutkan.
baca lagi & lagi gambar klik TAJUK ENTRI ni

Ini boleh menakutkan mana-mana pemilik rumah yang mempunyai masalah yang sama. Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.


Rumah yang mereka diami telah dibina sejak awal tahun 2000 lagi. Jika sekali tengok, tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai rumah ini. Tetapi, lain ceritanya apabila si pemilik baru menjumpai satu ruang rahsia di bahagian belakang rak buku.

Bilik ruang rahsia itu turut mempunyai anak tangga.


Tangga yang tinggi dan berputar itu didapati menuju ke arah bawah, secara terus di dalam dinding.


Di dalamnya, kedua kanak-kanak ini telah menemui perkara yang menakutkan: bukti bahawa terdapat orang lain yang turut tinggal bersama mereka. Di dalam dinding mereka sendiri.


Mereka juga turut menemui sebatang anak kunci yang aneh dan tidak diketahui apa yang ia boleh bukakan.


Dan sudah tentu, mereka juga menemui anak patung yang menyeramkan di dalam bilik rahsia itu.


Pada masa ini, pihak polis masih lagi giat menjalankan operasi mencari individu yang tinggal di dalam rumah mereka. Kerana terdapat sisa-sisa makanan, ia seoalah-olah menunjukkan individu terbabit boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa yang dia suka.

Selain itu, terdapat juga timbunan kecil pakaian di sekitar katil itu. Gula-gula dan snek yang dimakan turut dikenalpasti sebagai kepunyaan kanak-kanak berkenaan, tetapi sesiapa sahaja yang tinggal di ruang berkenaan, dia mampu merangkak keluar pada waktu malam untuk mencuri sesuatu.

p/s: Berhati-hati lah apabila membeli rumah, takut-takut nanti ada yang menumpang sekali.

You Might Also Like

5 comments

  1. uishhh...
    seram pulak baca nie...

    ReplyDelete
  2. blh jd pekerja buruh binaan org indonesia yg buat ni... pernah ada kes ka tmn baru berdekatan kg aku kecoh ada org masuk rumah curi brg bila penghuni rumah tiada di rumah. bila kerap sngt berlaku ada penghuni tmn tu perasan ada laluan rahsia di ciling dan bumbung pd rumah mereka.

    ReplyDelete
  3. 😆ser....


















    Seronoknya 😝...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad