[SEDIH] Kisah Adik Nurkhatijah | Pelajar Sekolah Rendah Tak Cukup Duit Bayar Yuran Sekolah
1/06/2014 10:00:00 pm
[SEDIH] Kisah Adik Nurkhatijah | Pelajar Sekolah Rendah Tak Cukup Duit Bayar Yuran Sekolah | Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak
 cukup untuk membayar yuran sekolah. Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar 
tersebut.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit 
syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk 
menyekolahkan anak ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara
 kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat 
kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja
 dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup 
di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan 
yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon 
beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan 
tidak disalurkan kepada mereka.
Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni 
gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah 
semalam di Kuala Lumpur.
Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun 
tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ 
untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan
 lagi.
Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner 
dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak 
berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah 
sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit 
syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk 
menyekolahkan anak ini.
Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. 
Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang
 dikategorikan sebagai miskin tegar.
Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana
 kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin 
masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, 
tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai.
Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang 
sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala
 untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir 
pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja 
yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. 
Comel – comel dan gembira sahaja rupanya.
Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak 
serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian 
orang lain.
Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di
 kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi 
melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.
Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada
 golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak 
orang lain.
Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik.
Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah
 anak-anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. 
Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di 
Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati 
mulia untuk membantu.
Butiran secara ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang 
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim
Terima kasih kerana prihatin.
FB Zaleha Mustapha



 
 
 
 
 
2 comments
Sumber blog : http://zunairahghani.blogspot.com/
ReplyDeleteZunairah Abdul Ghani7 January 2014 00:17
akaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.
Sila bantu
Walaupun tak kenal adik2 yg comel ni..tapi aku nk ucapkan time kasih kat semua hamba allah yang prihatin dan berhati mulia,yang membantu mereka..masih ramai rupanya insan yg prihatin dekat malaysia ni,semoga allah limpahkan rezeki kepada kamu semua..kalau ada insan-insan lain yang memerlukan,marilah kongsi sama2,kita sama2 bantu dengan ape yang ada..dunia cuma sementara..kepadanya jua kita kembali.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"