Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Kelibat Misteri Wanita Berambut Panjang | Dilihat Di Hospital Putrajaya

1/30/2014 10:00:00 pm

[EKSKLUSIF] Kelibat Misteri Wanita Berambut Panjang | Dilihat Di Hospital Putrajaya | Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas.

hospital

Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’. 
baca lagiklik TAJUK ENTRI ni
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.

Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.

Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning. 

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.

Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

You Might Also Like

2 comments

  1. orang putrajaya tak heran dgn kelibat hantu sbb dah tau ada kelibat badak air di seri perdana

    ReplyDelete
  2. Kat putra jaya pun lagi byk hantu rasuah dari hantu ori pun org suka lagi menjutawankan berebut2 nak jadi hantu rasuah

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad