[TERKINI] KES VILLA NABILA | [Mohd Izzat Izuddin Hussin] Budak Hilang Di VILLA NABILA JOHOR BAHRU Telah Ditemui

[TERKINI] KES VILLA NABILA | [Mohd Izzat Izuddin Hussin] Budak Hilang Di VILLA NABILA JOHOR BAHRU Telah Ditemui | Sejak beberapa hari ini kecoh di laman sosial mengenai kononnya seorang remaja “Hilang di Villa Nabila (klik untuk baca Kisah Villa Nabila)

credit gambar: Blog Mazidulakmal.com
Berita ini tersebar luas di media termasuk di Buletin Utama TV3 semalam (18/11/2013). Kes remaja bernama Mohd Izzat Izuddin Hussin yang dilaporkan hilang sabtu lalu disebarkan di media massa kerana ada laporan polis di buat oleh ibu mangsa.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Ada juga pihak yang membuat andaian dan pendapat bahawa remaja itu disorok oleh makhluk halus yang berada di Villa Nabila. Bagaimanapun semua andaian dan pendapat itu tidak boleh dipakai kerana tiada bukti sahih 100%. Semua pihak boleh membuat andaian tetapi tanpa bukti yang kukuh kita tidak boleh mempercayainya 100%.

Terbaru melalui sumber yang boleh dipercayai iaitu blog Mazidul Akmal (Wartawan TV3) telah melaporkan bahawa remaja yang dilaporkan hilang di Villa Nabila sudah ditermui awal pagi tadi.  Remaja, Izzat Izuddin Hussin telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru selepas tengah malam tadi. Remaja berkenaan bersama dua rakan lelaki dan perempuan dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato’ Onn.

Izzat yang sebelum ini memasuki Villa Nabila dikatakan membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Setelah Buletin Utama menyiarkan berita mengenai kehilangan remaja itu, orang awam yang tinggal di Flat Desa Mutiara telah menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

P/S: Satu Malaysia ditipu dengan permainan budak ni.

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

budak ni sebenarnya lari dari rumah jer kan? hu hu hu...

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Menyusahkan jer ...

Anonymous said...

Nanti besar tipu satu Malaysia
LUASKAN kuasa MU

rantai said...

bab mengarut ni memang le ramai yang suka ... terutama melayu ... melayu umno....!!! kah..kah..kah..!!!

chenta said...

Jgn la nk libatkn politik sngt..pendek akal la..tnk positif and jgn nk slahkn org lain..yg bezanya budak ni msuk media n korg pn msty ada bwt slah tpi org len xtw pun..pape ntah..yg komen negatif ni x penah kluar jmpe dunia luar and hnya brkwn dngan org stempat je..kt luar tu lg bnyk yg lgi truk dr bnda ni..manusia ada akal untk brfkir and haiwan hnya ada otak..yg mna stu nk plih? Pape pun psal kes ni ada positif and ada negatif..yg negatif tu jdikn pngjaran..ini hnya brkongsi and thk positif.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts