Sahabat Que 'Silent Readers'

Permohonan Kemasukan Ke MAKTAB RENDAH SAINS MARA [MRSM] Bagi Tingkatan 1 2014 | SYARAT KEMASUKAN DAN CARA-CARA MEMOHON

11/21/2013 01:54:00 pm

Permohonan Kemasukan Ke MAKTAB RENDAH SAINS MARA [MRSM] Bagi Tingkatan 1 2014 | SYARAT KEMASUKAN DAN CARA-CARA MEMOHON | Cara-cara untuk membuat permohonan ke MRSM bagi pelajar tingkatan 1 bagi sessi 2014.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sesiapa saja yang ingin membuat permohonan masuk ke MRSM bagi anak-anak, anak-anak buah, saudara-mara, sepupu-sepapat dan sesiapa saja yang anda kenali. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Nombor Pin / Kata Laluan 
Nombor pin atau kata laluan boleh diambil dari Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan secara PERCUMA bermula pada hari keputusan UPSR 2013 diumumkan secara rasmi iaitu 14 November 2013. 

PENTING! Pemohon perlu membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2013 yang telah disahkan 
 
Permohonan Online
Permohonan atas talian (online) boleh dibuat di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2014. (Sila guna Internet Explorer) 

Isi semua maklumat pemohon yang diperlukan dan pastikan permohonan berjaya dihantar secara online.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut: 

Permohonan ke Tingkatan Satu, 
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 
21, Jalan Raja Laut, 
50609 KUALA LUMPUR.
 
PERINGATAN! Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak. 
 
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan secara online akan ditutup pada 27 November 2013.

Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013. 

PERINGATAN! Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
 
Maklumat
Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian berikut: 

03-2690 3765
03-2613 4509
03-2613 4513 

Maklumat tambahan boleh rujuk di:
  1. Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 1
  2. Kurikulum MRSM
  3. Kemudahan Pelajar di MRSM
  4. Senarai MRSM
Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan; Alamat MRSM
 
Program MRSM
  1. MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).  
  2. MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  4. MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE. 

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad