[EKSKLUSIF] Aksi Wanita Belasah Peragut | [VIDEO] Hanya Lakonan Semata-mata?

[EKSKLUSIF] Aksi Wanita Belasah Peragut | [VIDEO] Hanya Lakonan Semata-mata? | PETALING JAYA: Pasti ramai yang akan kecewa apabila mereka mengetahui bahawa rakaman video yang tersebar memaparkan seorang wanita dengan berani membelasah peragut di depan rumahnya bukanlah fakta sebaliknya ia adalah lakonan semula.

tomoiragut

Video berkenaan dikongsi di laman Facebook, Kempen Mencegah Jenayah di Malaysia, jelas menyatakan video berkenaan adalah satu babak lakonan semula untuk tujuan pendidikan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Video berkenaan telah dikongsi di Facebook, lebih daripada 4,200 kali, mendapat perhatian pelbagai pihak yang memuji tindakan berani wanita berkenaan mempertahankan dirinya.

Rakaman video berdurasi satu minit itu memaparkan babak seorang wanita berada di tempat letak kereta dihadapan rumahnya, sementara dua lelaki menaiki motosikal dilihat berlegar di luar kawasan rumah ketika mangsa baru sahaja tiba di rumahnya.



Sebaik sahaja wanita berkenaan keluar daripada keretanya, seorang pembonceng motosikal berlari ke arah rumah mangsa sebelum cuba meragut beg tangan mangsa.

Wanita berkenaan dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.

Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.

Mangsa kemudiannya menyepak suspek hingga cedera hingga seorang rakan suspek datang dengan mengacukan sebilah pisau lipat untuk menakutkan mangsa supaya berhenti membelasah rakannya itu.
Rakannya itu kemudian menarik suspek keluar daripada rumah dan mereka gagal merompak wanita berkenaan.

Beberapa pengguna turut memberikan ulasan mereka terhadap rakaman video yang turut dimuat naik di YouTube.

Suraya menulis: “Saya tabik wanita ini dan saya harap dapat bertindak seperti beliau sekiranya saya berada dalam situasi yang serupa!.”

Brigadier Jeneral Datuk Azlan Mohd Nor berkata: “Tahniah. Kepada wanita ini: “Saya tahu ia pasti satu mimpi ngeri kepada anda namun tahniah atas aksi berani anda itu. Saya rasa gembira melihat anda selamat. Satu nasihat saya, mereka yang menaiki motosikal mungkin mengekori kita, anda perlu lebih berhati-hati. Tunggu sehingga pintu pagar benar-benar terkunci sebelum anda keluar daripada kereta. Saya doakan anda semua selamat.”

Daniel Ludwik pula sangat teruja dengan aksi wanita berkenaan sambil menulis mesej yang ringkas: “Kahwin dengan saya….hahahaha.” -mstar

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Farah Waheda Wahid said...

tapi bagus juga video ni untuk mengajar wanita2 di luar sana supaya lebih berani kan?

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts