Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] KRONOLOGI KES | Norazita Binti Abu Talib Pegawai Bank Ambank Mati DITEMBAK Pengawal Keselamatan Di Bilik Kebal Ambank Subang Jaya

10/25/2013 11:31:00 am

[EKSKLUSIF] KRONOLOGI KES | Norazita Binti Abu Talib Pegawai Bank Ambank Mati DITEMBAK Pengawal Keselamatan Di Bilik Kebal Ambank Subang Jaya | Kejam! Noazita Binti Abu Talib telah menjadi mangsa seterusnya kekejaman & kerakusan manusia yang tidak berhati perut.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Sedih…sedih itu yang mampu diungkapkan melihatkan seorang wanita yang semestinya mempunyai anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu diperlakukan sebegini rupa…
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kronologi Noazita Binti Abu Talib (Kakitangan Ambank) Mati Ditembak
  1. Telah berlaku kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank No.5 & 7, Jalan USJ Sentral Subang Jaya
  2. Suspek bernama Ardi bin Hamza berumur 37 tahun beralamat Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah Mangsa : Pengawai operasi Ambank Noazita Binti Abu Talib berumur 37 tahun
  3. Berpengalaman selama 16 tahun dengan Ambank
  4. Kejadian berlaku pada 23 Oktober 2013 sekitar pukul 6.18 petang di bilik kebal ketikan mangsa bersama-sama bersama empat lagi pegawai bank
  5. Suspek (pengawal keselamatan) telah menembak mangsa menggunakan senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika Noazita Binti Abu Talib yang sedang membuka peti di bilik kebal dan melarikan wang dalam jumlah yang tidak dikesan sehingga kini.
  6. Suspek melarikan menggunakan motosikal
Diharapkan kerajaan JANGANLAH PANDANG kes-kes seperti ini sebelah mata sahaja lagi. Kelihatan rakyat sudah terlalu terdesak sehingga sanggup membunuh untuk mendapatkan wang.
“Something Wrong Somewhere”
Bangunlah! Bangunlah! Jangan biarkan lebih rakyat Malaysia “tumbang” desakan kos sara hidup dan kesempitan duit.

P/S  : Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, Alfatihah & salam takziah kepada keluarga mangsa.

You Might Also Like

3 comments

  1. Takziah kpd keluarga mangsa,

    ReplyDelete
  2. Pemberitaan yang baik, mudah dan faham. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Org indonla..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad