[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri MASJID BRUNEI DARUSSALAM Di Kelantan | [EKSKLUSIF] Pembongkaran Di Lokasi MASJID BRUNEI DARUSSALAM Oleh BLOGGER

[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri MASJID BRUNEI DARUSSALAM Di Kelantan | [EKSKLUSIF] Pembongkaran Di Lokasi MASJID BRUNEI DARUSSALAM Oleh BLOGGER | Segala kisah yang Abe kongsikan di sini adalah daripada Blog Sahabat, Amir Putera. Menurutnya: Plan nak ke Masjid Brunei Darussalam ni dah lama sebenarnya, sebelum puasa lagi.


Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, niat tu terpaksalah hold kejap hinggalah ke hari yang tak dijangka pada Jumaat lepas.
baca lagi & lagi gambar2 MISTERI, klik TAJUK ENTRI ni
Kebetulan kawan aku free hari tu, esoknya pula dia dah nak balik ke Langkawi, ada eloknya juga ajak dia sekali ke Danau Tok Uban jadi peneman. Aku tak pernah lagi ke Danau Tok Uban tapi aku tau lokasi masjid tu terletak di ceruk hujung kampung berdasarkan pembacaan di Internet. Satu lagi sebab nak ajak kawan teman, tempat tu dikatakan agak misteri. Kalau jadi apa-apa pun ada kawan yang mungkin boleh membantu.

Depan Masjid Brunei
Tertera ayat Masjid Brunei Darussalam dalam tulisan jawi.
Kitorang bertolak ke Pasir Mas lepas selesai solat Jumaat. Dalam pukul 3 petang lebih kurang. Terlewat setengah jam daripada waktu yang dijanjikan sebab perut aku tiba-tiba meragam hehe.

Dalam Masjid Brunei

Cuaca petang tu ok. Tak panas, tak mendung. Jarak Pasir Mas pula kalau nak diikutkan taklah jauh mana dengan rumah kitorang kalau ikut jalan shortcut. Tapi disebabkan tak pernah lagi ke Tok Uban, perjalanan tu betul-betul rasa jauh. Jauh sebab sebenarnya salah tempat haha. Berpusing-pusing kat tempat yang salah. Patutlah bila tanya sorang pakcik kat mana Masjid Brunei dia macam agak susah nak cakap. Pada mulanya aku ingat sebab kemisterian lokasi masjid tu, rupanya sebab tempat tu jauh lagi sebenarnya dan banyak simpang. Aku follow tunjuk arah pakcik tu tapi akhirnya keluar ke jalan yang aku masuk awal-awal tadi. Patah balik rupanya. Nombor 0.

Takwim tahun 2011 pada bulan Syawal dengan beberapa buah kitab suci al-Quran kat atas mimbar. Bersih, langsung tak berhabuk kat jari bila dicalit. Ada orang baca nampaknya tapi tak banyak kitab al-Quran yang aku jumpa dalam masjid ni.
Tapi yang misterinya secara kebetulan sorang kawan yang tinggal kat Pasir Mas tiba-tiba call. Dah dua tahun rasanya dia tak pernah call. Seolah-olah hari tu macam ada sesuatu nak bagi petunjuk untuk sampai ke Masjid Brunei Darussalam yang terletak di tebing tasik Danau Tok Uban. Alang-alang nak ke tempat misteri, cara berfikir pun mestilah mistik-mistik sikit haha.

Berpandukan direction daripada mak kawan aku tu akhirnya sampailah kitorang ke Masjid Brunei Darussalam. Betul-betul hujung kampung. Kalau nak cerita liku-liku jalan sebelum sampai ke sana memang panjang. Kalau korang nak ke sana cubalah rajin-rajinkan diri tanya orang setempat. Aku yakin tak ada orang kat situ yang tak tau kat mana letakkan Masjid Brunei Darussalam. Budak perempuan yang aku tanya arah jalan hari tu pun tau tempatnya. Cuma satu nasihat daripada aku, banyakkan bertanya orang kalau nak ke sana. Kalau tak, ada kemungkinan korang boleh sesat. Sebab? Sebabnya ada banyak simpang. Salah masuk simpang nanti kang entah ke mana korang menghala hehe.

Kenapa masjid ni dinamakan Masjid Brunei Darussalam yang terletak di hujung kampung dalam daerah Pasir Mas, Kelantan? Dalam entri akan datang aku akan ceritakan serba sedikit sejarahnya, sangat menarik. Tapi yang sebenarnya aku tertarik dengan kisah Danau Tok Uban yang banyak cerita misteri terkandung di bawah tasik dan sekitarnya. Itu pun aku akan kongsikan dengan korang dalam entri akan datang termasuklah kaitannya dengan kebangkitan Islam pada akhir zaman.

Quran tinggal
Agak pelik kenapa ada kitab al-Quran tanpa kulit terletak kat atas tiang ni. Basah sikit sebab kena titisan air dari siling.
Dalam entri pengenalan Masjid Brunei Darussalam ni cuma nak tunjuk beberapa gambar yang sempat aku ambik sepanjang sejam berada di sana. Ada 20 gambar kesemuanya. Kalau lambat load tu harap dapat bersabarlah ye. Tapi agak sedih sebab masjid ni seolah-olah terbiar.

Mungkin ada orang yang suka baca Quran kat sini bersaksikan pemandangan tasik yang luas seluas mata memandang.
Ruang solat dalam masjid. Hanya ada sehelai sejadah saja. Yang peliknya sejadah tu seolah-olah dihamparkan oleh seseorang yang seakan-akan tau kitorang nak solat Asar kat situ. Macam nak tunjukkan arah kiblat yang sebenar yang sedikit serong daripada kedudukan mimbar. Aku kibas sejadah sebelum guna, tak berhabuk tapi ada sampah sikit kat atasnya. Bermakna, ada orang yang guna dalam masa terdekat sebelum ni. Tapi masa aku kibas sejadah terasa sejadah tu dah agak reput sampaikan terkoyak sikit kat bahagian bawah masa aku kibas sikit nak buang sampah. Terbukti sejadah tu dah agak lama.

Tepi masjid brunei
Pemandangan dari sebelah luar masjid. Nampak tasik tu? Luas, tenang dan damai je kat sini.
tangga masjid brunei
Tangga nak ke bumbung masjid.
pagar kunci masjid brunei
Tapi sayang berkunci pulak. Tak dapat nak tengok pemandangan dari atas bumbung.
kolam masjid brunei
Kolam yang nampaknya agak lama tak berisi air.
jeti masjid brunei
Jeti masjid. First time aku tengok masjid ada jeti. Unik.
jeti masjid
Air tasik makin surut nampaknya. Tengok kesan kuning keperangan tu.
pemandangan dari masjid brunei
bunga
Sekitar tebing tasik yang dipenuhi dengan bunga kiambang. Sekali tengok macam rumput padang pun ada. Jangan tersilap langkah sudah.
rumah pulau
Tak jauh dari masjid boleh nampak satu pulau (agaknyalah). Nampak macam ada rumah. Cer zoom sikit.
rumah misteri dalam pulau
Macam dah terbiar. Teringin nak tinjau ke sana tapi tak tau macam mana.
langit biru masjid brunei
pondok misteri
Nampak macam tangki air. Tapi kenapa agak jauh dari rumah? Berhampiran dengan Masjid Brunei ni ada rumah-rumah macam chalet gayanya. Dikatakan rumah-rumah tu tempat penginapan pelajar-pelajar Tahfiz. Hari tu aku pergi nampak macam kosong.
tiang misteri
Tak jauh dari masjid aku perasan ada beberapa tiang yang macam pembinaannya tergendala.
tiang misteri lagi
Ni ada beberapa lagi tiang kat satu kawasan yang lain. Sekali tengok terlintas macam Stonehenge kat England lak.
Dulu masjid ni dikatakan selalu diimarahkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz. Sekarang ni tak pasti status masjid ni macam mana. Hari tu tak sempat nak jumpa penjaga masjid yang rumahnya terletak tak berapa jauh dari masjid. Tengok sekali imbas macam dah tak digunakan.

Antara sebab-sebab kemungkinan yang aku rasa masjid ni dah tak digunakan:
  • Lantai masjid yang dipenuhi dengan najis burung.
  • Sejadah yang aku jumpa hanya satu saja.
  • Dalaman masjid yang kosong seolah-olah semua barang dipindahkan.
  • Wujudnya satu lagi masjid di pintu masuk kampung sebelum sampai ke Masjid Brunei ni.
Sebelum balik aku sempat tanya sorang budak lelaki yang jalan-jalan kat situ dengan motor. Katanya masjid ni masih lagi digunakan. Secara logiknya mungkin betul masih lagi digunakan sebab paip air dan elektrik berfungsi dengan baik. Cuma yang menjadi tanda tanya kenapa lantai macam dah lama tak dibersihkan? Atau mungkin mata kitorang ditutup untuk melihat hal yang sebenar dalam masjid tu? Kalau betullah macam tu, kitorang adalah orang yang sangat rugi.

Sekitar 6:30 petang kitorang bertolak balik. Elok je masuk kereta, awan hitam dah mula menebal. Angin punyalah kuat. Lebih kurang 10 Km dari masjid hujan turun dengan sangat lebat sekali dengan angin kencang sampaikan hampir-hampir tak nampak jalan. Nasib baik dah keluar ke jalan besar. Kalau tak, mesti seram duk dalam hutan dengan hujan yang sangat lebat tu. Tak gerak dah rasanya. Jarak simpang dari jalan besar ke masjid lebih kurang dalam 8 Km. Sempat lagi set jarak dalam meter kereta eheh.

Malam esoknya aku dapat satu mimpi yang sangat aneh. Bukan aneh sebenarnya, tapi lebih kepada misteri. Yang pernah baca status aku kat Facebook pada 11 September lepas tahulah apa yang aku mimpi hari tu. Pada mulanya ingat sekadar mimpi biasa tapi bila diteliti balik segala yang berlaku dalam mimpi tu termasuklah satu pesanan yang disampaikan, aku jadi terkedu.

Betul kata kawan aku, tak sepatutnya mimpi macam tu aku hebahkan kepada umum walaupun dengan niat untuk bertanya pada mulanya. Malam sebelum tu pun aku mimpi yang hampir sama iaitu pada malam aku balik dari ziarah Masjid Brunei Darussalam. Mungkin mimpi tu ada kaitan dengan ziarah aku ke Danau Tok Uban yang dikatakan penuh dengan misteri. Antara percaya atau tak, tapi tak rugi kalau menganggap serius dengan mimpi tersebut.

InsyaAllah kalau ada ruang dan peluang aku nak ke sana lagi untuk berjumpa dengan penjaga Masjid Brunei. Sekadar nak mendapatkan info termasuklah sejarah Masjid Brunei yang dibina pada tahun 1992 oleh Sultan Brunei.

Artikel Menarik Lainnya



9 comments:

akmall said...

1992? baru lagi la jugak masjid ni dibina.. lebih kurang 20 lebih tahunnya kan? seronok lah baca... nak tahu lagi...

Pemburu Tasbih said...

BismiLLah.. Mimpi apa ya?
BOLeh share?

Pemburu Tasbih said...

Bismillah.
Assalamualaikum.
Mimpi apa ya? Boleh tolong share?

Pemburu Tasbih said...

BismiLLah.. Mimpi apa ya?
BOLeh share?

Anonymous said...

http://www.sihhat-afiat.com

Anonymous said...

Boleh anda bongkarkan sejarah sebenar Masjid Kg.Laut? dan yg mana kah masjid yg asal? Ketinggian Asal.. Rupa bentuk asal, cara pemindahan serta Tahun nya..dan siapa yg memindahknya? Masjid tertua diasia tenggara adlh Khazanah negara yg xpatut diputarbelitkan...

Anonymous said...

pagar yg bkunci nak pegi bumbung masjid tu.. Kenapa ada imbas2 seorang lelaki yg ber serban bdiri kat sebelah tepi kiri menghadap kt gambar ne?

Noriza MiracleVitamins said...

Sayang masjid yang cantik macam ni tak digunakan

Anonymous said...

Asalamualaikum tuan tanah dan pembaca,

Kesah mesjid ini ada diceritakan dalam blog Catatan Si Merah Silu, silalah selusuri blog tersebut. Muga ada manfaatnya.
Terima kasih.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts