BAHAGIA ITU SEDERHANA | SAHABAT, Bersyukurlah


BAHAGIA ITU SEDERHANA | SAHABAT, Bersyukurlah | Mendengar isteri membebel di rumah, bermaksud aku masih ada keluarga. Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.


Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah. Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman. Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menyetrika tumpukan baju, itu bererti aku memiliki pakaian. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya. Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahawa customer kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku boleh mendengar. Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup. Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.Seseorang yang peduli tentang aku telah mengirimkannya kepadaku. Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Amiin

Published with Blogger-droid v2.0.10

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Leeza Dayasari said...

setuju dgn .. apabila kita dpt byk kerja dan tugasan, bermaksud kita dipercayai,

Teena Tna said...

Suka entri ini.
Belajar untuk lebih bersyukur :)

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts