[DEDIKASI EKSKLUSIF] APABILA AHMAD AMMAR AHMAD AZAM BERTEMU BIDADARINYA | MATI SYAHID BUKAN HANYA GUGUR DI MEDAN PERANG

[DEDIKASI EKSKLUSIF] APABILA AHMAD AMMAR AHMAD AZAM BERTEMU BIDADARINYA | MATI SYAHID BUKAN HANYA GUGUR DI MEDAN PERANG | Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.



Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Ada mereka yang hidupnya lama,
Dikenali ramai,
Lantang bersuara,
Namanya terpampang disana sini,

Namun apabila meninggalkan dunia,

Amat sedikit kesannya pada mereka disekelilingnya.
Amat sedikit mereka yang mengingatinya,
Orang ramai merasa senang apabila mereka tiada.

Namun ada juga,
Mereka yang hidupnya sebentar,
Separuh dari angka yang kebiasaannya,
Namanya kurang dikenali,
Orang tertanya-tanya apa pekerjannya..

Namun apabila dia meninggalkan kita...

Pemergiannya terasa amat,
Orang meningatinya lebih dari mereka yang masih ada,
Memberi inspirasi ribuan manusia, hatta jutaan,
Nilai dirinya meningkat berganda2,

Orang tertanya-tanya siapakah dia? Dari mana dia datang?

Seperti dinyatakan dalam Al-Quran: " Waja'a rajulun min aqsa al madinati yas'a...."

Tanda cinta Allah, makhluk dan seluruh alam padanya,
Namanya disebut2 para malaikat,
Bersama para sahabat, Syuhadaa dan orang2 salih, di alam sana.

Sehidimiz Ahmad Ammar. Memori tersemat dalam kalbu mereka yg mengenalimu.

Sesungguhnya aku mencemburuimu saudara.

Subhanallah!!

Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham. Lihat video ucapan imam disana, ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata. Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang.

Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama-sama belajar dan menerima sesuatu dari video ini.


Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

eray ayang said...

hebat sungguh ammar nie
mahu anak2 juga jadi seperti ammar
juga kita semua

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/vivix-shaklee-ikhtiar-murah-sakit-kronik.html

Siti Noor said...

Maha Suci Allah,
Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yg Beriman..

fizafantagirO said...

nak menitis airmata fiza tgk video perjalanan arwah :'(

Farah Waheda Wahid said...

salam takziah dan al-fatihah buat beliau...

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts