Tuesday, 22 January 2013

KISAH NYATA Ibu Suruh Abang Rogol Sebelum Serah Pada Orang Lain!



KISAH NYATA Ibu Suruh Abang Rogol Sebelum Serah Pada Orang Lain!KUALA TERENGGANU : “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26. Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.



“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.




“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.





“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.


Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskinMenurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun. Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.


“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya. 
Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.



“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,”katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.


http://www.illustrasiaku.com/ibu-suruh-abang-rogol-sebelum-serah-pada-orang-lain/

11 comments:

PaPa Blogger at: 1/22/2013 2:21 pm said...

perggghhh.. ade juga manusia sanggup jadikan anak dia sebgai pembayar hutang... sedih nye

Anonymous at: 1/22/2013 3:22 pm said...

Minta tolong JATI. Hasan Ali jangan buat tak tau. Jangan tunggu org laon tolong. Nanti salahkan semua orang.

Mimie Najib at: 1/27/2013 11:27 pm said...

erm..dah diselamatkan, last2 dia masih pilih jln yang mcm tu.. tak tahu nak kata apa..sesungguhnya dia lebih tahu dosa pahala tu kat mana..

Anonymous at: 4/25/2013 4:06 am said...

dh lm tggl dlm JKM ps2 kuar org pndg hina smpai nk cri keje pn ssh. last2 jd apa yg dh tjadi. org2 yg hina caci tu pn akn btggungjwb kt akhirat nti!!! kpd lili jgn cpt mengalah utk cri jln tgglkan lg perk2 hitam ni & persetankan aja org2 keliling kamu yg nginjak2 maruah wanita kamu. di kalangan kami akn tetap mendoakn ksejahteraan bt kamu & semuanya...AMEEN!!!

Anonymous at: 8/29/2013 6:37 am said...

Mmmmdap i nak juga rasa cipap u

nur hidayatullah at: 11/04/2013 8:41 pm said...

ksian dye ..

PemerhatiAnakMuda at: 12/11/2013 3:47 pm said...

klu dpt cari..bimbing atau htr ke tpt yg blm membimbingnya kembali ke jln Islam...jgn caci mereka atas kejahilan mereka...masyarakat pun kena ada rasa tanggungjawab utk membantu....

potia casadelarossa at: 12/21/2013 7:14 pm said...

ada jugak mak dan abg tergamak buat dari kalangan darah dagingnya sendiri....

Nurhafiza faizal at: 3/05/2014 12:03 am said...

gila punye mak!

Nurhafiza faizal at: 3/05/2014 12:05 am said...

gila pnye mak!!

muhamad alam at: 3/28/2014 8:29 pm said...

ASSALAMU ALAIKUM WR-WB KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN EYANG JINGGO KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL JITU YANG EYANG,BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 380 JUTA ALHAMDULILLAH, SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN MOBIL WALAUPUN SAYA CUMA PNS GOLONGAN 1B.INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG EYANG JINGGO KARENA APAPUN KEADAAN ANDA JANGAN PERNAH BERPUTUS ASAH KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN.
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT KUNJUNGI WEPSITE (KLIK)
http://www.dukunsaktimandraguna.blogspot.com/
http://www.cariuwangcepat.blogspot.com/
atau hub eyang jinggo di 0852-8122-0019
SAYA SUDAH BUKTIKAN 3X THNKS ROOMX SOBAT
★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★
╔══╗═════╔╗═════
╚╗╔╬═╦═╦═╣╠╦╦╦╦╗
═║║║╩╣║║╬║═╣║║║║
═╚╝╚═╩╩╬╗╠╩╬╗╠═╝
═══════╚═╝═╚═╝══
★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com