[EKSKLUSIF] Jenazah MUALAF MANGSA DERA Selamat Dikebumikan | NUR SALINA ABDULLAH

[EKSKLUSIF] Jenazah MUALAF MANGSA DERA Selamat Dikebumikan | NUR SALINA ABDULLAH | KUAH – Jenazah mualaf mangsa dera, Nur Salina Abdullah, 18, yang maut dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Surau Haji Ismail, Kampung Belanga Pecah, kelmarin.

deramualaf

Atas permintaan ayah kandungnya, Nai Koi See, 43, dia meminta mayat mangsa diuruskan mengikut cara Islam selepas mengetahui anaknya memeluk Islam pada 2 Januari lalu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Suasana hujan renyai mengiringi jenazah semasa tiba di tanah perkuburan tersebut dan orang kampung dalam kariah Kampung Belanga Pecah telah pun bersiap sedia membantu menguruskan sebaik mungkin. Ahli Jawatankuasa Surau Haji Ismail, Ahmad Shafie, 43, berkata, kariah kampung bersama golongan ibu sepakat menguruskan jenazah mangsa untuk disemadikan di situ.

“Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga roh mangsa ditempatkan kalangan orang beriman, walaupun selama ini kebanyakan ahli kariah langsung tidak mengetahui kewujudan mangsa di kampung ini.

“Cuma agak terkilan, kami semua tidak dapat membantunya ketika masih hidup,” katanya selepas urusan pengebumian selesai.

Jenazah Nur Salina tiba sekitar jam 5 petang dan turut diiringi pegawai Agama Islam Daerah Langkawi untuk bersama-sama membantu memudahkan urusan pengebumian mangsa. Solat jenazah diimamkan Johari Abdullah dari Masjid At Taqwa Kampung Kisap.

Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan berita kematian Nur Salina akibat daripada penderaan kejam. Terdapat pelbagai kesan lebam baru dan lama manakala kaki kanan mangsa dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong.

Selain itu, otak mangsa mengalami pendarahan teruk akibat hentakan dari penderaan yang dilakukan ke atasnya. Sementara itu, ada antara penduduk kampung, Halijah Zakaria melahirkan rasa terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka dua suspek utama tersebut kerana mereka cukup mesra dan ramah.

“Tak sangka betul, kita tengok keluarga ni cukup baik, cara mereka melayan anak-anak mereka membuatkan kami rasa cemburu, tetapi kejadian ini telah menyatakan kebenaran sebaliknya.

“Cuma kami mahu masyarakat luar kembali mengubah persepsi negatif tentang kampung kami. Keluarga ini orang luar yang baru sahaja berpindah dan menyewa rumah hampir setahun lalu,” katanya.

Dua suspek utama  ditahan manakala dua lagi ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Haidil Salam said...

Semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang diberi petunjuk dan masyarakat setempat terutam kita sendiri yang sebangsa jangan mudah memandang serong terhadap sesuatu kejadian yang menimpa.

fizafantagirO said...

Al-Fatihah ...

Muhammad Khairuddin Lim said...

Alfatihah..

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts