[TERKINI] Norfarhan Muhammad The Red Warriors [TRW] Sah Ke Terengganu 2014 | SPEKULASI PENGHIJRAHAN NORFARHAN TERJAWAB

[TERKINI] Norfarhan Muhammad The Red Warriors [TRW] Sah Ke Terengganu 2014 | SPEKULASI PENGHIJRAHAN NORFARHAN TERJAWAB | Bintang sayap sensasi Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dia kini milik Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).

 
Norfarhan yang terkenal dengan jolokan ‘Ben 10′ berkata, perpindahan ke negeri kelahirannya, Terengganu bukan disebabkan faktor ‘wang’ tetapi atas sebab keluarga.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Katanya, sudah sampai masanya untuk berbakti di negeri sendiri setelah berkelana bersama pasukan lain sejak sekian lama.

“Saya sahkan saya kini milik PBSNT tetapi untuk beraksi dengan pasukan Terengganu atau T-Team ia masih belum diputuskan dan saya menunggu keputusan daripada Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk memutuskannya.

“Bila dapat peluang beraksi di bumi sendiri, saya tidak boleh lepaskan. Saya fikir bola sepak bukan untuk jangka masa pendek tetapi ia untuk masa depan dan keluarga.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memahami situasi saya hadapi sekarang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Kemelut perpindahan penyerang kelahiran Wakaf Tapai, Terengganu itu timbul apabila dia disenaraikan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di antara lapan pemain yang bakal meninggalkan pasukan The Red Warriors.

Bagaimanapun, spekulasi timbul selepas Norfarhan yang sebelum ini bersetuju untuk menyertai pasukan Johor Darul Takzim membatalkan hasrat tersebut dan dikatakan mahu kekal di Kelantan. Malah, ada laporan mengatakan wujud ‘tarik tali’ antara kedua-dua pasukan tersebut untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 28 tahun itu mula menyertai Kelantan pada 2009 sebelum kembali ke negeri asalnya untuk beraksi dengan T-Team dua tahun kemudiannya.

Bagaimanapun dia kembali menyertai The Red Warriors pada musim lepas.

Dalam pada itu, Norfarhan mengucapkan terima kasih kepada KAFA, Annuar dan peminat setia The Red Warriors kerana membantu mengembangkan kerjayanya dalam bola sepak.

“Saya memberikan penghargaan tertinggi kepada Annuar kepada menghidupkan kembali suasana bola sepak di Malaysia.

“Tidak ada perkataan yang dapat saya ungkap ke atas sumbangan dan jasa Annuar serta seluruh warga bola sepak Kelantan yang membantu untuk meningkatkan kerjaya saya,” katanya.

Sementara itu, Annuar melalui laman sosial facebook berkata, KAFA telah menawarkan gaji tertinggi yang tidak pernah ditawarkan ke atas mana-mana pemain kepada Norfarhan supaya dia kekal bersama The Red Warriors.

“Dalam usaha mendapatkan Farhan (Mohd. Norfarhan), KAFA telah menawarkan gaji paling tinggi pernah kita buat kepada mana-mana pemain tempatan, namun dia memilih untuk ke Terengganu.

“Kita berpuas hati dengan segala usaha yang telah dilakukan dan menghormati pilihannya. Kita ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya.-utusan

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts