SEJARAH ALIF MIN NUN *** = SARKIS | Ini Sindiran Atau Teguran SENIMAN AGUNG TAN SRI P RAMLEE?


SEJARAH ALIF MIN NUN *** = SARKIS | Ini Sindiran Atau Teguran SENIMAN AGUNG TAN SRI P RAMLEE? | Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini.. 


Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMN*?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain "Seniman Agung P.Ramlee" terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984. Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959). Berdasarkan tulisan dalam buku tersebut, Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia..

Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua (ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura)

TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??

P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..

TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.

P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir... Gua pun kutuk lu punya geng juga.. (Sambil ketawa).

TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..
P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..
TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..
P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk 'bukan manusia' sahaja. Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMN*.

Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu... sedutan dari buku tulisan Abdullah Hussain

Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Haidil Salam said...

sindiran tajam oleh seniman agung ini sehingga sekarang membawa banyak karyawan termenung. Bagaimana untuk menghasilkan apa yang dikatakan seni.

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Wallahhua'lam ...

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts