Sahabat Que 'Silent Readers'

Ramai Mahu Pembunuh Norazita Abu Talib DIHUKUM TEMBAK SAMPAI MATI | [EKSKLUSIF] ARDI HAMZA TERKINI

11/12/2013 07:50:00 am

Ramai Mahu Pembunuh Norazita Abu Talib DIHUKUM TEMBAK SAMPAI MATI | [EKSKLUSIF] ARDI HAMZA TERKINI |  KUALA LUMPUR: Berita penangkapan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

Ramai mahu pembunuh Norazita dihukum tembak sampai mati

Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan. Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut.

Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook, Twitter dan laman astroawani.com:

Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis

Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap

Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita.

Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau.

Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu.

Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu

Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka.


Norazita,37, ditembak dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..

You Might Also Like

1 comments

  1. apalagi, kasi tembak dengan Pump gun juga, Hutang Nyawa dibalas nyawa!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad