Sahabat Que 'Silent Readers'

TERKINI Pemain Bolasepak Felda United AHMAD FAUZI SAARI Parah Manakala Rakannya MAUT Dalam Kemalangan... INNALILLAH...

1/27/2013 07:10:00 pm

TERKINI Pemain Bolasepak Felda United AHMAD FAUZI SAARI Parah Manakala Rakannya MAUT Dalam Kemalangan... INNALILLAH...Pemain Bola Sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.


Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
lagi berita & gambar kemalangan, Klik TAJUK ENTRI ni


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.

"Kereta yang dipandu dipercayai terbabas sendiri semasa melalui selekoh ke kanan. Ia kemudian merempuh penghadang jalan (lebuh raya) sebelum terbakar di bahu jalan (lebuh raya) dan mangsa Fauzi cedera patah tangan kanan.

"Manakala pemandu kereta yang dikenali, Khairul Adnan maut di tempat kejadian," katanya. Jelas Norel Azmi, Ahmad Fauzi dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.



"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital yang sama untuk dibedah siasat," katanya. Dalam pada itu, Norel Azmi berkata, butiran pemandu tidak ditemui kerana dipercayai terbakar bersama kenderaan mangsa. Keadaan kereta jenis BMW, dipercayai dinaiki Ahmad Fauzi Saari, terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. 


- Foto kereta ihsan Twitter Shahrul Nizam

- Foto Ahmad Fauzi Saari ihsan FB Ahmad Fauzi

sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa...-maut-1.125596

You Might Also Like

1 comments

  1. salam. alhamdulillah. blog tuan sudah diletakkan dalam bloglist blog power. misi mencari 100 blog power masih terbuka. sila layari :

    http://www.penburukonline.blogspot.com

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad