Sahabat Que 'Silent Readers'

10 GAMBAR JELMAAN HANTU Yang Pernah Menggemparkan Negara Dahulu Hingga 2012

1/25/2013 08:03:00 pm


10 GAMBAR JELMAAN HANTU Yang Pernah Menggemparkan Negara Dahulu Hingga 2012 | Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump. 


2. Hantu Kereta Remuk


Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka. 

lagi gambar HANTU, Klik TAJUK ENTRI ni

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap 


Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers. 



4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan 


Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok. 



5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal 


Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini. 



6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan 


Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka. 



7. Pocong Di Kawasan Kilang 


Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit. 



8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada 


Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud. 



9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin 


Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam. 



10. Wanita Kebaya Merah 


Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

sumber: http://www.portalharian.com/2013/01/10-gambar-jelmaan-hantu-yang-pernah.html

You Might Also Like

11 comments

  1. hantu skrng ni banyak dah yg berani,siang hari buta pun boleh gak tonjolkan diri

    ReplyDelete
  2. takotnye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish awak ne.ade2 je la ehehex...

      Delete
  3. di siang hari la syaitan dan jin lebih kuat berbanding di mlm hari...

    ReplyDelete
  4. Wooooooooioq

    ReplyDelete
  5. Wooooooooow

    ReplyDelete
  6. Bederau jntung tgk yg no 9..eeeeee!!!sjuk plak time2 mcm ni..

    ReplyDelete
  7. mantap dari segi fakta.. tpi bikin seram klu sya terserempak dgn bnda2 mcm nie.. alamat belari tnpa selipar la jwp nya.. hahaha

    ReplyDelete
  8. mantap dari segi cerita..tpi klu2

    ReplyDelete
  9. Jin/hantu ni sebenarnya takot dgn manusia.. jin bila muncul di alam manusia..jin itu umpama ikan yang naik ke darat..dia sgt lemah..dan mencari nahas je kalau masuk alam kita..tu sebab jin/hantu ni berani muncul seimbas je xberani muncul lama2... jadi kalu dia muncul korang lempar je kayu ke batu ke..dia gerenti cedera parah.. sebb kita manusia ialah sebaik2 kejadian..sebab allah jadikan manusia ni ..inni jaa ilun fil arthi kholifah.. manusia sebagai khalifah di muka bumi.. wallahua'alam..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad