Sahabat Que 'Silent Readers'

Gegendang Telinga KOYAK Akibat DITAMPAR BEKAS SUAMI

1/16/2013 07:56:00 am

Gegendang Telinga KOYAK Akibat DITAMPAR BEKAS SUAMIPasir Puteh: “Saya bersyukur dengan keputusan yang memihak kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak menyimpan dendam terhadapnya,” kata seorang penjawat awam, Aida Rohayu Mohamad, 39, selepas Mahkamah Sesyen Pasir Mas, dekat sini, membenarkan tuntutan saman terhadap bekas suaminya di sini, semalam.
Dalam keputusan itu, Hakim Irwan Suainbon, memerintahkan Sakri Latif, 43, membayar ganti rugi am dan khas berjumlah RM30,002 kepada bekas isterinya itu selepas membenarkan saman plaintif terhadap lelaki itu yang didakwa menamparnya hingga gegendang telinganya koyak pada 2007. Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bersyukur kerana perjuangannya untuk mendapatkan kebenaran di mahkamah akhirnya menemui kejayaan. Aida Rohayu berkata, dia terpaksa memfailkan saman berkenaan terhadap bekas suaminya selepas hampir lima tahun kejadian itu berlaku selain mendapati kecederaan yang dialaminya berada tahap teruk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Tindakannya itu memberi kesan jangka masa panjang kepada telinga kiri saya sehingga menjalani pembedahan sebanyak dua kali. Bagaimanapun, Aida Rohayu berkata, dia sama sekali tidak menyimpan dendam dan tidak akan menghalang hubungan dua anaknya yang berusia 14 dan 15 tahun hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya itu.
“Perjuangan untuk mendapatkan kebenaran akhirnya menunjukkan hasil. Sebelum ini, saya terpaksa turun naik ke mahkamah dan terpaksa berdepan dengan pandangan serong masyarakat serta hanya mahkamah yang dapat menentukan kebenaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Selinsing di sini, semalam.
"Sehingga kini, saya terpaksa mendapatkan rawatan susulan setiap tiga bulan di HRPZ II selain terpaksa menahan daripada bersin dan batuk untuk mengelakkan gegendang telinga kembali terkoyak,” katanya.
“Walaupun dua anak hasil perkongsian hidup tinggal bersama saya, saya tidak akan menghalang hubungan mereka,” katanya yang sudah berkahwin semula dan mempunyai seorang anak.
Harian Metro

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad