Sahabat Que 'Silent Readers'

BIODATA PAHLAWAN NEGARA Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau

1/03/2013 09:00:00 pm


BIODATA PAHLAWAN NEGARA Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau | Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.
Kanang Anak Langkau

Kesetiaan
Bendera United Kingdom United Kingdom (1962–1963)
Bendera Malaysia Malaysia
Perkhidmatan * Tentera British (1962–1963)
  • Angkatan Bersenjata Malaysia
Jumlah tahun berkhidmat 1962–1983
Pangkat Pegawai Waran Pertama
Unit
Renjer Sarawak (kemudian sebahagian daripada Tentera British)
Rejimen Renjer Diraja
Arahan 8th Rangers Regimental Sergeant Major
Pertempuran * Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962–1966)
  • Darurat Malaysia ke-2 (1968–1983)
Anugerah
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Panglima Gagah Berani (PGB)
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.)

Kerjaya

Menentang Pengganas Komunis

Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.

Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.

Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.

Anugerah

Pada 3 Jun 1981, beliau menerima dua anugerah, Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, Sultan Ahmad Shah. Pada 24 September 2011, beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Ikon Pahlawan

Kanang anak Langkau dilantik sebagai ikon kategori pahlawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching,Sarawak pada 20 april 2010.

You Might Also Like

5 comments

  1. Hargailah jasa beliau..... tanpa pejuang spt beliau.. tidak ada malaysia...

    ReplyDelete
  2. Jasamu dikenang perwira negara

    ReplyDelete
  3. Jasamu dikenang perwira negara

    ReplyDelete
  4. Jasamu dikenang perwira negara

    ReplyDelete
  5. thanks sbb menulis tntg datuk sy :)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad