Sahabat Que 'Silent Readers'

MAYAT GURU DITEMUI REPUT

1/05/2013 03:00:00 pm

MAYAT GURU DITEMUI REPUT | Kota Tinggi: Misteri kegagalan seorang guru lelaki hadir bertugas sejak sekolah dibuka mulai Selasa lalu, berakhir dengan penemuan mayatnya yang sudah reput, dipercayai meninggal dunia sejak sebulan lalu.

Mayat pengajar Jurusan Otomobil di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Saw Kok Hyong, 59, ditemui beberapa guru yang meninjau kuarters kediaman didiaminya sendirian jam 11.30 pagi kelmarin. Kumpulan guru terbabit diarah mencarinya di kediaman berkenaan selepas mangsa gagal hadir mesyuarat pada pagi Selasa dan Rabu. Mangsa yang mula bertugas dan mengajar di sekolah itu sejak 1989 adalah seorang duda dengan anak lelaki tunggalnya sedang belajar di United Kingdom.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Ketika tiba di kediaman mangsa, kumpulan guru terbabit mendapati kereta mangsa berada di garajnya, manakala rumah berkenaan dikunci dari dalam dan usaha memanggilnya tidak berjawab. Mereka kemudian merujuk kepada Balai Polis Kota Tinggi sebelum dinasihatkan berikhtiar membuka pintu rumah itu.

Sejurus berjaya membuka pintu rumah terbabit, mereka menemui mayat mangsa yang berpakaian kain sarung dan kemeja T dalam keadaan tertiarap di ruang makan rumah berkenaan.

You Might Also Like

1 comments

  1. aik baru terjumpe? kesian..

    Salam kenal, blogger baru :
    http://moral4all.blogspot.com/

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad