Sahabat Que 'Silent Readers'

GAMBAR Kemalangan Menyayat Hati

1/26/2013 08:40:00 pm

GAMBAR Kemalangan Menyayat HatiSemasa perjalanan balik dari kenduri jumaat kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR ” berkeliaran ” didalam kem tentera tersebut.

baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni
Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.


Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering, kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.




Tolong sebarkan kepada blog yang prihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutamanya facebook Mustapha Mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

+ Dari Wan Mohd.

You Might Also Like

19 comments

  1. Kalo dah ambulan tak dtg,naper takde org awam yg ada kenderaan tolong bawakkan ke hospital?I just wonder ajer.Kesiannya.

    ReplyDelete
  2. nampak parah jugak kecederaannya..kesian.

    ReplyDelete
  3. Dengan kecederaan begitu, orang awam tidak digalakkan untuk cuba mengangkat mangsa kerana bimbang boleh menyebabkan kecederaan lebih parah. Melainkan orang tu ada ilmu penyelamat macam dipelajari oleh JPAM, PBSM...

    ReplyDelete
  4. kesian...dah macam kat negara China pulak..x perihatin

    ReplyDelete
  5. boleh pulak macam tu..isy,,x patot lah..

    ReplyDelete
  6. Break down communication ? Cannot be ?
    Nampaknya kita semakin hilang semangat kemanusiaan.

    ReplyDelete
  7. aku pinjam dialog dari filem 3 idiots

    " dinegara ini penghantaran pizza cuma 30 minit,tapi ambil masa 2 jam untuk sebuah ambulans "

    ReplyDelete
  8. CELAKO punyo penduduk di bawah AHLI PARLIMEN JELI MUSTAFA AT TURTUK... sombong ... sebab pembangunan megah kiri kanan ... CELAKO

    ReplyDelete
  9. x tw nk komen apa dah.byk kes mcm ni berlaku.dpn mata sy pun pernah.mmg btl kalau ada kes kmlgn org awam perlu cpt2 call ambuland n polis ke,then jgn sentuh mangsa sbb x taw condition.tp yg kes atas ni...tentera tu tgk je ngape :(

    ReplyDelete
  10. samapi darah kering?haish..
    bro saya okey je nak exchange link..saya dah letak blog bro..

    ReplyDelete
  11. samapi darah kering?haish..
    bro saya okey je nak exchange link..saya dah letak blog bro..

    ReplyDelete
  12. Ya ampun........
    Ngerinya tengok kaki mangsa.....
    Kita yang tengok dah terasa ngilunya.....
    Ni kan pulak dia yang rasa......
    Kesiannya baca cerita ni.. Takde siapa yang hulurkan bantuan...
    Harapnya kaki mangsa boleh pulih seperti sediakala la.....

    ReplyDelete
  13. medic askar hnya akan tolong bila dpt arahan pegawai atasan sahaja...itulah realitinya dlm kehidupan askar laskar...kerja utk pegawai...mai lambat balik awai....huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. takot nak tengok kaki dia..huhu

    ReplyDelete
  15. takot nak tengok kaki dia..huhu

    ReplyDelete
  16. Boleh percaya ke cerita mamat ni? Jgn buat andaian pelbagai terhadap tentera. Jgn burukkan tentera. Takde sapa telefon ambulans ke?

    ReplyDelete
  17. Tukang ambik gambar tak tolong ker?hebat mu bawok nikon dslr merata2....mu lagi sibuk nak ambil gambar gayanya....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad