Sahabat Que 'Silent Readers'

10 SEBAB KENAPA HARGA KERETA DI MALAYSIA PATUT DITURUNKAN

1/18/2013 11:25:00 pm

10 SEBAB KENAPA HARGA KERETA DI MALAYSIA PATUT DITURUNKAN | Ni Abe nak kongsikan dengan korang semua 10 sebab sepertimana kat bawah ni... Mungkin ada di antaranya korang akan bersetuju dengan Abe.. hehehhe


1. Kos sara hidup meningkat. Turun harga kenderaan, kos alat2 ganti juga akan menurun. Ditambah pula dengan harga rumah yang naik mendadak.

2. Membolehkan keluarga susah untuk memiliki kereta baru yang lebih elok kualitinya. Kereta adalah satu  keperluan, bukan kehendak. Sampai sekarang masih ada keluarga susah yang menggunakan kereta saga capuk sampai sekarang. Easily said no more bike rider bawa anak kecil baby lemas duduk celah2 parents. Kesian :(
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
3. Mungkin kerajaan benar apabila mengatakan jumlah kenderaan atas jalan akan meningkat dan akan menyebabkan lebih kesesakan, tetapi jumlah peningkatan kenderaan tersebut akan lebih rendah berbanding jumlah rakyat yang memilih untuk bertukar kereta mereka kepada yang lebih elok. Easily said no more Waja convert Lancer-Wannabe, no more 20 years old Honda Accord.


4. Syarikat kenderaan terpakai rugi? Please! Kereta murah, makin rancak perniagaan jual beli kereta. Tapi itulah, akan ada gap beberapa tahun sebelum peniagaan syarikat kereta terpakai kembali stabil sekiranya harga kereta turun mendadak. Wujudkan lebih banyak kilang kitar besi foundry supaya besi daripada kereta lama boleh dikitar semula. Sekurangnya harga besi tidak akan menjadi lebih mahal.

5. No more kereta tempatan viva tin milo kosong. Bila kemalangan semua ada dalam tu maut. Atleast 4 airbags please.

6. MRT and LRT extension sedang dalam projek. Jadi kalau harga kereta turun, kalau orang ramai beli kereta pun, sekurangnya ada alternatif kenderaan awam bagi mereka yang mahu mengelakkan kesesakan.

7. Memberi peluang untuk syarikat pembuat kereta tempatan menjana pendapatan yang lebih kukuh dengan menghasilkan kereta yang lebih berkualiti pada harga rendah. No more Proton cutting cost macam harem takut selling cost mahal.

8. Aku tak rasa pendapatan daripada duti eksais dan duti import kenderaan ini diuruskan sebaiknya oleh kerajaan. Manakan tidak, hutang negara sentiasa bertambah setiap tahun. Jadi tak ada guna letak harga kereta mahal-mahal kalau yang kaya orang lain !

9. Menarik lebih ramai pelabur kenderaan import ke Malaysia, sekurangnya lebih banyak variety of kereta import lepas ni. Tak nak la asyik-asyik model sama sahaja, asyik2 civic. Bosan !

10. Indirectly, meningkatkan produktiviti rakyat. Selesa dan confident sikit bila dapat pakai kereta elok. Result, ekonomi negara semakin mantap. Profit.

sumber: http://dailyberita.blogspot.com/2013/01/10-sebab-harga-kereta-di-malaysia-patut.html


You Might Also Like

7 comments

  1. Kena tingkatkan kualiti kereta tempatan. Sebab harga kereta tempatan pun x de la semurah mana. Mahal jugak monthly payment nye. Kalau kualiti bagus x pe jugak. Ni kereta import diimpose tax byk giler so that jadi mahal. Rakyat TERPAKSA beli benda yg kurang kualiti sebab x mampu nak beli yg mahal

    ReplyDelete
  2. Tumbangkan BN dulu baru cite pasal harga kete.....

    ReplyDelete
  3. Syarikat pengeluar kenderaan tetap dapat keuntungan dengan pembelian lebih banyak kenderaan oleh pelanggan. Yang pasti kualiti, penjimatan bahan dan keselamatan akan menjadi fokus utama pelanggan.

    Kerajaan bakal dibentuk juga wajar mula memikirkan penggunaan kenderaan teknologi hijau melalui suatu reformasi. Sebagai contoh tetapkan untuk tahun 2015, semua jenis kereta yang ingin dipasarkan di Malaysia perlu di dalam standard teknologi hijau. Peningkatan volum jualan akan mampu merendahkan harga kenderaan dan alat ganti yang mahal disebabkan permintaan tinggi yang pesat selain dari kawalan kerajaan. Di sini penjimatan bahan api negara dijadikan sandaran 'win-win situation' kepada negara atas reformasi cukai/duti kenderaan teknologi hijau yang murah.

    Ada permintaan kenderaan teknologi hijau di Malaysia turut akan mencetus revolusi perekaan kenderaan-kenderan teknologi hijau di Malaysia dan di dunia, selain Malaysia mampu menjadi model reformasi kerajaan mesra alam.

    Harga kereta yang murah akan mampu membuat masyarakat yang kerap menukar kereta kepada teknologi terkini (seperti teknologi telefon bimbit). Syarikat kereta terpakai mampu berubah menjadi agen-agen kereta baru, malah mampu menjadi broker untuk mengitar semula kereta-kerata lama.

    ReplyDelete
  4. mana ada turun...semua nya mahal...kualiti mcm mana pun tetap mahal tau...mata wang asing sekarang nie pun 1 usd dah rm3.10...makna nya barang semua naik 1/2 kali ganda harga nya...macam sebelum nie yang saya jangka...harga ayam tahun 2008...boleh naik 2 kali ganda harga nya...tak percaya...ekonomi ma...bukan politik...cerita pasal politik...malas nak ambik tahu...tak der makna bagi saya...ini dunia perniagaan...susah nak cakap

    ReplyDelete
  5. mana ada turun...semua nya mahal...kualiti mcm mana pun tetap mahal tau...mata wang asing sekarang nie pun 1 usd dah rm3.10...makna nya barang semua naik 1/2 kali ganda harga nya...macam sebelum nie yang saya jangka...harga ayam tahun 2008...boleh naik 2 kali ganda harga nya...tak percaya...ekonomi ma...bukan politik...cerita pasal politik...malas nak ambik tahu...tak der makna bagi saya...ini dunia perniagaan...susah nak cakap

    ReplyDelete
  6. mana ada turun...semua nya mahal...kualiti mcm mana pun tetap mahal tau...mata wang asing sekarang nie pun 1 usd dah rm3.10...makna nya barang semua naik 1/2 kali ganda harga nya...macam sebelum nie yang saya jangka...harga ayam tahun 2008...boleh naik 2 kali ganda harga nya...tak percaya...ekonomi ma...bukan politik...cerita pasal politik...malas nak ambik tahu...tak der makna bagi saya...ini dunia perniagaan...susah nak cakap

    ReplyDelete
  7. artikel budak bwh umur... x Nampak cerdiknya...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad