Sahabat Que 'Silent Readers'

Ucapan Aidilfitri Dari Abe di www.queachmad.com

8/18/2012 07:13:00 pm


Salam Aidilfitri & Salam lebaran juga kepada semua Sahabat Abe yang sedia bertamu di blog Abe yang tak seberapa ni :)

Ada beberapa pesanan dan nasihat dari Abe kepada Sahabat2 semua:

Kurangkan TV dan Internet: Kadang-kadang Abe kasihan tengok orang yang hidupnya asyik dengan internet dan TV sahaja. Semua orang bergembira jalinkan ukhuwah, bergelak tawa, makan-makan dan bersalam-salaman, dia dengan dunianya sendiri. Update status di hp dan bersosial di alam maya. Sepanjang tahun siang malam ada masa untuk itu, apa salahnya berhenti seketika.

Pandu Berhati-hati: Berapa ramai orang yang meninggal dunia akibat kemalangan sebenarnya telah melihat berita kemalangan maut pada tahun sebelumnya? Faktor sikap bagi Abe menyumbang kebanyakkan kemalangan. Cuba belajar bertenang dan istighfar bila perasaan geram dan marah meningkat ketika memandu.

Ziarah saudara mara: Jangan jadi anti-sosial. Kita dah dewasa bukan budak-budak lagi. Bila nak belajar bergaul dengan orang-orang tua dan saudara mara. Eratkan silaturrahim. Rapatkan yang jauh. Banyak dosa-dosa boleh terhapus hanya dengan bersalaman. Kunjungilah juga jiran tetangga dan sahabat-sahabat lama.

Jaga Agama: Selepas sebulan beribadah jangan rosakkannya dengan berbuat perkara dilarang agama ketika hari raya. Elakkan bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Kalau jaga perkara ni insyaallah akan dipelihara Allah. Abe doakan semoga sahabat-sahabat semua selamat pulang ke kampung halaman dan kembali bekerja nanti. Abe akan bercuti beraya di Kuantan, Pahang. Mungkin tahun ni taksempat agaknya balik ke Kelantan. Tahun depan, insyaAllah akan dapat beraya di Rumah Isteri. Jemput datang rumah Abe kat Kuantan...

Esok sudah raya, insyaAllah. Mari kita berdoa supaya raya kita lebih bermakna, insyaallah!!

Daripada Abe, Que Achmad...

Tengku Ahmad Hafiz Bin Engku Mat a.k.a Que Achmad
Email: queachmad@queachmad.com
Facebook : http://www.facebook.com/teukuhaffiey
Twitter : http://www.twitter.com/queachmad
Instagram: http://www.instagram.com/queachmad

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

6 comments

  1. Salam Aidilfitri dari Faizul Osman yg nun berada di selatan Tanah Melayu...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/salam-perantauan-aidilfitri-1433h.html

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir Batin ^_________^

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
    dari crew Teminfm...:)

    ReplyDelete
  4. Salam lebaran juga utk abe,
    semoga ramadhan yang berlalu memberi 1001 rahmat & keberkatan buat abe & kita semua,
    mohon maaf zahir & batin,

    ReplyDelete
  5. Salam Eid Fitri Que...... insyaallah ada "rezki" ada "kes" ada "hal" kita pasti diketumukan Allah s.w.t. Jaga diri dan jaga "amanah"... semoga semua amal ibadat kita diterima Allah... dan kita semua tergolong dalam golongan hamba yang bertaqwa.... Salam kemaafan.... salam lebaran....

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya, maaf zahir batin ^^

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad