Saturday, 25 August 2012

TELADAN: Memahami Erti ZUHUD, Lagi Gambar Sultan Kelantan Yang Merendah Diri (ZUHUD) & Berjiwa Rakyat


Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia. "Allahuakbar". Baginda memandu kereta sendiri ke surau/masjid. Tak ada pemandu pun seperti orang kenamaan lain. Moga Allah lanjutkan usia Sultan Kelantan ini, Sultan Muhammad V...

lagi gambar klik Tajuk Entri ni 
Memahami Erti ZUHUD

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW akan membuat perbandingan antara dunia dan akhirat. Perbandingan antara kedua-duanya bagaikan seseorang yang mencelupkan jari-jarinya ke dalam lautan, maka (dunia bagaikan air) yang melekat pada jari-jarinya itu. Namun demikian Baginda SAW tidak menganjurkan agar kita meninggalkan dunia sama sekali. Demikian juga gambaran Nabi SAW tentang dunia bagaikan penjara bagi orang yang beriman, bermaksud kehidupan kita ini ada peraturan yang harus dipatuhi dan tidak boleh lepas bebas, bagaikan orang yang hidup dalam sebuah penjara. Sebaliknya dunia bagaikan syurga bagi orang kafir (yang mengingkari kewujudan Allah) kerana anggapan dunia adalah tempat yang menyenangkan dan bebas hidup tanpa ada batasan yang mengikatnya. 
Nabi SAW menyatakan dunia dibahagikan kepada tiga, satu pertiga dimakan, satu pertiga dipakai dan satu pertiga lagi disedekahkan; hanya yang ketiga ini akan dipetik hasilnya. Akan tetapi timbul pertanyaan, dapatkan manusia memisahkan dirinya sama sekali daripada harta dan bentuk kesenangan duniawi? Bukankah para sahabat utama Rasulullah SAW seperti Abu Bakar, Uthman dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang kaya. Kezuhudan mereka ini ternyata tidak menghalangnya untuk mencari kekayaan duniawi. Justeru pengertian zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi suhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT.
Pengertian zuhud seperti ini amat dekat dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (al-Hadid: 23) 

Justeru, pemilikan harta benda tidak dilarang tetapi harta tersebut tidak boleh mempengaruhi seseorang dalam mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Lebih jauh lagi, makna zuhud dalam kaitannya dengan akhlak Islamiah ialah bagaimana sikap batin seseorang itu dalam menghadapi dunia ini. Dalam konteks kehidupan sosial contohnya, bagaimana kezuhudan seseorang itu dapat menyelamatkan manusia daripada sesuatu yang boleh menghancurkan kehidupan ini. Hakikat pemaknaan zuhud dalam kehidupan sosial ialah sikap protes seseorang terhadap dunia seperti ketempangan sosial, politik dan ekonomi. Kezuhudan Abu Dzar (sahabat Nabi) yang memprotes kehidupan mewah pemerintahan Khalifah Uthman boleh diberi makna sebagai gerakan protes sosial. 
Pemaknaan zuhud sebagai reaksi terhadap situasi setempat yang bobrok dan penuh kemaksiatan ini juga yang mempengaruhi Hasan al-Basri, Rabiah al-Adawiyah, Ibrahim Adham, Al-Ghazali sehingga bertindak mengasingkan diri. Ia dianggap sebagai satu protes. Demikian juga konsep kezududan Al-Farabi yang menitikberatkan kepada intelektual dan analisis. Seseorang itu dapat mencapai makrifat Allah SWT  apabila mampu meningkatkan kualiti intelektualnya. Konsep ini sesuai dengan kehidupan intektual Islam pada masa itu yang sedang di puncak kejayaan. Jelas bahawa pemikiran ulama sufi, baik ulama klasik atau pertengahan tentang zuhud dapat difahami sebagai akhlak Islam dan gerakan sosial yang dilihat berbeza-beza sesuai dengan konteks sosial pada zaman masing-masing. 

Perilaku zuhud menurut Prof. Dr. Hamka, ia tidak bererti eksklusif daripada kehidupan duniawi kerana Islam menganjurkan semangat berjuang, berkorban dan bekerja keras. Bagi Hamka, kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah SWT. Jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah SWT. Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah SWT sendiri. Zuhud bukan menghindar kenikmatan duniawi tetapi tidak meletakkan nilai yang tinggi padanya. Dan inilah definisi zuhud daripada Rasulullah SAW.
Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah engkau tidak memandang apa yang di tanganmu itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah SWT. Kekayaan, kekuasaan da kemasyuran semuanya berubah, tidak tetap dan akhirnya anda harus ditinggalkan. Lalu apa yang ada di sisi Allah? Rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu. 
“Apa yang ada padamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (abadi).” (al-Nahl: 96) 
Apa saja yang menyebabkan manusia memperoleh keredaan Allah SWT yang mendekatkannya kepada Dia termasuk akhirat, walaupun hal-hal tersebut nampak seperti urusan dunia seperti perdagangan, pertanian dan industri. Kerajinan yang ditujukan bagi mendapatkan nafkah untuk keluarga, bersedekah untuk kesejahteraan orang miskin dan melarat, dan menghindar diri daripada kebergantungan kepada bantuan orang lain. Semua kegiatan ini dimaksudkan untuk akhirat, walaupun ada yang menganggapnya untuk dunia. Sebaliknya, latihan-latihan disiplin kerohanian yang betentangan dengan sunnah, walaupun dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan pengabdian, dihitung untuk dunia sahaja. Ini kerana tindakan itu menyebabkan pelakunya terasing daripada Allah SWT dan tidak membawa manusia lebih dekat kepada-Nya. 

Orang zuhud adalah orang yang hidup di dunia, tetap tidak meletakkan hatinya di dunia. Mereka bekerja di dunia untuk akhirat.
 

8 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] at: 8/25/2012 12:02 pm said...

terima kasih. perkongsian yang menarik. penulisan abe pun bagus.

ijoks2009 at: 8/25/2012 12:46 pm said...

Ambo,saye sulte ambo,
blog demo berkelip2 pada screen kawe.Mungkinada masalah dg flash barner blog ni kot.

cahayaituaku at: 9/10/2012 2:49 pm said...

bersederhana dalam segala hal..

Anonymous at: 11/14/2012 10:59 pm said...

Bgusnya klau smua sultan kat mlaysia ni pun mcam sultan kelantan.

Anonymous at: 11/14/2012 11:00 pm said...

Kan bgus klau smua sultan kat malaysia pun mcam sultan kelantan.

Anonymous at: 1/24/2013 12:44 pm said...

aku bangga memjadi rakyatmu...teramat bangga

: Ana NurHidayah : at: 2/13/2013 12:28 pm said...

pinjam information . :)
nak jadi sbgai my idol :')

Anonymous at: 3/08/2013 8:02 pm said...

Zuhud bukan pada penampilan, tetapi pada hati. Hanya Allah Maha Mengetahui

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com