Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR: Gambar Jenazah yang tidak reput walaupun dikebumikan selama 17 Tahun

8/14/2012 09:14:00 am

Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu). Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi.

Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ye
Sahabat penulis sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan (di dalam gambar) yang telah dikorek itu adalah untuk ibu saudara sahabat penulis yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, beliau berpeluang melihat mayat walaupun sekerat badan sahaja (sebahagian lagi ditimbus tanah).

Mayatnya seperti baru ditanam semalam dengan daging serta otot-otot tangan dan kaki kelihatan seolah masih 'segar' lagi. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya, kain kafan yang basah dan melekat pada tubuhnya memperlihatkan betapa kuasa Allah kadangkala melewati batasan logik akal manusia. Kain putih yang membaluti jasad juga seolah 'terpelihara'. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, dibahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.

Kisah ini sewajarnya dijadikan renungan untuk semua... bagaimana pula keadaan kita di kubur nanti? Kala jasad bersendirian tanpa taulan selain amal jua... ingatlah, janji Allah tetap benar. Dia akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.

أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا يَتَذَڪَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُ..؟

Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran (peringatan)... WALLAHUALAM..

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

3 comments

  1. Masyaallah...agaknya apa amalan tika hidupnya yek....

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, kuasa Allah ta'ala..

    ReplyDelete
  3. subanallah. semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yg beriman. amin

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad