TERKINI: Padah membeli online Sempena Aidilfitri, akhirnya di tipu....

Salam Ahad

Raya dah nak dekat, mungkin masing2 dah beli baju raya dah kot... Pada Abe, Abe hanya pakai baju tahun lepas je. Abe tak kisah sangat bab berpakaian ni, Abe ok je pakai apa2 pun. Lagipun ada selai lagi baju T-Shirt baru yang Abe dah beli, belum Abe pakai lagi.. Pakai yang tu jelah Raya nanti.. Yang Abe dahulukan, baju raya utk Mak, Ayah & Adik2 Abe... Tu paling penting pada Abe.. Abe nak citer ni, masa Abe belek2 KosmoOnline tadi, Abe adalah terpandang artikel ni, tersentap Abe. Bersimpati pun ada... Dunia sekarang, penipuan berleluasa... Ni Abe kongsikan dengan korang semua...

PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima. Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.
baca lagi KLIK SINI
“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam. Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

4 comments:

{ FaFa EhA } at: 8/05/2012 5:15 pm said...

woahhh bahaya jugak ye..

{ Nur-nba } at: 8/05/2012 6:17 pm said...

Sememangnya saya tak berani shopping online.

{ Herma Julianny } at: 8/05/2012 7:12 pm said...

kesiannya...
semoga menjadi pengajaran..
sy pun pernah juga shoping online..
tp dlm kuantiti yang tak bnyk (1-2 pasang je)..
setakat ni tak pernah la tertipu..
minta2 dijauhkan..

{ Zue } at: 10/25/2012 10:04 am said...

saya adalah pembeli dan peniaga online dari tahun 2008 lagi...sebagai pembeli online, anda perlu bijak semasa membeli, selidik laman web/fb penjual dahulu...jgn nampak cantik n murah terus beli...bila brg murah daripada biasa tu lagi banyak risiko...check first!!!

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine