Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR: Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

8/12/2012 04:34:00 pm

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUAKQed4LMcUn5J24eJ5Oi9TZN74csX7uz8p9QD9GJ7X61ni7I1CycETzk0T4x3mJQPkXixsB8y6Wd-hWz3y6cgg1585qVpsVo18w5MRezbHTTiZ9dIwredjrUp3UTzPrUy01owGH9IYXG/s1600/bohong-puasa.jpg
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni...

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
 
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.

Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan setiap kali pulalah hatinya berkata:

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

 

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

10 comments

  1. dosa besar kalau berbohong!

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/beza-lelaki-dan-perempuan-bila-tonton-tv.html

    ReplyDelete
  2. yer.. cuba untuk tidak berbohong....
    kadang2 kita tak sedar kita berbohong.

    ReplyDelete
  3. ya allahhambamu sentiasa memohon ke ampunnanmu selalu amin.

    ReplyDelete
  4. ya allahhambamu sentiasa memohon ke ampunnanmu selalu amin.

    ReplyDelete
  5. ya allahhambamu sentiasa memohon ke ampunnanmu selalu amin.

    ReplyDelete
  6. ya allahhambamu sentiasa memohon ke ampunnanmu selalu amin.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian ini
    banyak pengajaran dalam kisah nih
    :-)

    ReplyDelete
  8. berbohong merupakan salah satu kelemahan saya...=(
    kdg2 saya berbohong untuk melepaskan diri..
    sampai bila...=(

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad