TERKINI: Kerajaan Negeri 'Pulau Pinang' Akan Beri Insentif Bernilai RM100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei....
8/08/2012 06:33:00 am
PETALING JAYA, 7 Ogos - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi 
insentif sebanyak RM100,000 kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee 
Chong Wei di atas kejayaannya menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi 
dua pingat perak di Olimpik.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng (foto) berkata, insentif tersebut
 turut diberikan bagi menghargai usaha gigih Chong Wei pada temasya 
empat tahun sekali itu dan sebagai galakan kepadanya untuk meraih pingat
 emas pada Sukan Olimpik 2016. Katanya, insentif itu akan 
diberikan menerusi program ganjaran Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd 
(PBA) untuk olahragawan Pulau Pinang yang bertaraf dunia.
"Walaupun kecundang kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir, beliau telah 
berusaha dengan gigih dan menimbulkan rasa bangga setiap rakyat 
Malaysia. "Negeri Pulau Pinang berasa bangga dengan kejayaan juara 
badminton dari Bukit Mertajam ini..



 
 
 
 
 
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"