Sahabat Que 'Silent Readers'

KUASA ALLAH: Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol

8/29/2012 03:00:00 pm

KAJANG – Seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi kelmarin berakhir dengan dia menjadi sasaran nafsu jahat lelaki itu yang sanggup mencabul dan cuba merogolnya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi di Taman Jasmin di sini membabitkan lelaki warga emas berusia 65 tahun. Suspek yang tinggal satu taman dengan rumah mangsa dikatakan muncul di rumah mangsa sejurus selepas suami mangsa keluar bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menjemput abang iparnya masuk ke dalam rumah. Sebaik mangsa dan suspek berada di dalam rumah, mangsa mula berasa tidak sedap hati kerana mendakwa lelaki itu kerap merenungnya. Bagi melepaskan perasaanya, mangsa meminta diri naik ke tingkat atas rumah dengan alasan untuk mengemas bilik.

Bagaimanapun, tanpa disangka suspek yang sudah beristeri mengekori mangsa sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tersebut. Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaiannya dan turut membogelkan adik iparnya sebelum melakukan oral seks terhadapn mangsa dan cuba merogol wanita itu.

Malangnya, semasa cuba merogol mangsa, alat kelamin suspek tidak berfungsi sebelum diganggu dengan bunyi deringan telefon rumah mangsa.

Suspek tersentak dengan deringan telefon itu menyebabkan mangsa mengambil kesempatan menendang suspek sebelum lari menyelamatkan diri. Suspek kemudian terus meninggalkan rumah mangsa dan sehingga kini tidak pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu polis sedang memburu lelaki itu. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul.

You Might Also Like

10 comments

  1. dah menopous la tu.. erkk.. lelaki ada ke menopous.. mati pucuk pun ada hati nak merogol.

    ReplyDelete
  2. saja nak test power .. alih2 x naik ...kah.. kah ..

    ReplyDelete
  3. Allah tu maha kuasa, kan..

    ReplyDelete
  4. mcm mane boleh x naik plk tu...hahahaha......

    ReplyDelete
  5. ya Allah..org tua pun mcm2..akhir zaman...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Allah tlg...ptt bersyukur

    ReplyDelete
  7. sepatutnya wanita menjaga kehormatan diri ketika suami tiada dirumah...jgn benarkan sesiapa masuk pon..ckp sahaja suami tak ada dia rumah.

    ReplyDelete
  8. wanita harus menjaga kehormatan diri ketika suami tiada di rumah...jgn benarkan sesiapa pun masuk kerumah. bg tahu sahaja suami tak ada..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad