Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Misteri MASJID BRUNEI DARUSSALAM Di Kelantan Yang Dibiayai Oleh SULTAN HASSANAH BOLKIAH | [EKSKLUSIF] Pembongkaran Oleh Blogger AMIR PUTERA

11/15/2013 06:56:00 pm

[EKSKLUSIF] Misteri MASJID BRUNEI DARUSSALAM Di Kelantan Yang Dibiayai Oleh SULTAN HASSANAH BOLKIAH | [EKSKLUSIF] Pembongkaran Oleh Blogger AMIR PUTERA | Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan masjid ini. Abe cuma kongsikan dengan korang semua KISAH UNIK PEMBONGKARAN OLEH SEORANG BLOGGER, namanya Amir Putera.


Al kisahnya macam ni (ini adalah tulisan asal pemilik blog, bukan tulisan Abe) katanya: Walaupun gua orang kelantan, tapi gua masih belum menjejajak kaki kesini lagi. Insyaallah gua akan plan untuk kesana merasai sendiri suasana yang dikatakan misteri dan aman disana..MESTERI??? kah kah kah kah
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Berbalik pada tujuan asal posting ni, Masjid Brunei Darussalam atau nama lainnya Masjid Putih ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Pembinaan Masjid ini sepenuhnya dibiayai oleh Sultan Brunei Sultan Hassanah Bolkiah


Untuk pengetahuan lu orang, Masjid ini terletak di Danau Tok Uban, atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Kampung ini boleh diketogerikan kawasan pendalam. Gua rasa , jauh kampung ini dari jalan utama Pasir Mas adalah 10 KM.


Persoalan yang bermain diminda gua adalah kenapa Masjid Putih ini dibina di pendalaman dan kenapa Sultan Brunei berminat membiayai pembinaan ini..??

Sejarah Pembinaan Masjid Brunei Darussalam

Gua tak dapat dipastikan cerita ini sahih ataupun tidak. Cerita ni dipetik daripada seorang forumer yang dia dengar sendiri daripada penduduk tempatan. Katanya dulu penduduk kat situ nak membina sebuah masjid tapi kekurangan sumber kewangan. Akhirnya AJK masjid menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan.

Tanpa disangka Sultan Brunei perkenankan permintaan diorang dan sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan berterima kasih, nama Brunei Darussalam dijadikan nama bagi masjid serba putih ni.

Ada satu lagi versi cerita mengatakan yang Sultan Hassanal Bolkiah mendapat mimpi untuk membina masjid di Danau Tok Uban. Sejauh mana benarnya cerita ni, hanya Sultan Hassanal Bolkiah saja yang dapat menjawab. Tapi cerita ni dikuatkan dengan hubungkait antara Sultan Brunei dan Sultan Kelantan yang dikatakan berasal daripada salasilah keluarga yang sama iaitu daripada sanad Saidina Hussein r.a., cucu Baginda Rasulullah s.a.w.

Daripada keturunan cucu Nabi Muhammad s.a.w. lahirnya Wali 7 yang diketuai oleh Sayyid Hussein Jamadil Qubra yang bermudik dari Mekah dan berlabuh di sebelah Bukit Panau melalui Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Danau Tok Uban. Ada lagi kisah misteri dan menarik berkenaan dengan hal ini.

Berbalik semula tentang mimpi Sultan Brunei untuk membina masjid di tebing Danau Tok Uban ada kemungkinan Baginda Sultan mendapat mimpi daripada salah seorang wali, sama ada Wali 7 ataupun Wali 9 (Wali Songo). Betul atau tidak hanya empunya badan yang dapat sahkannya. Tapi sekiranya betul pun atas sebab-sebab tertentu dakwaan mimpi ni terpaksa dipalsukan. Maksudnya tak semua perkara boleh diberitahu kepada umum secara direct. Ada banyak sebab perlu diambil kira. Jadi betul atau tak cerita ni tak perlulah kita nak berdebat bagai...kah kah kah kah

Siapa Sayyid Hussein Jamadil Qubra? Apa kaitannya dengan Bukit Panau dan Danau Tok Uban? Apakah rahsia di dasar tasik Danau Tok Uban?

Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi gua yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah satu lokasi yang gua rasa sesuai untuk dijadikan permulaan adalah Danau Tok Uban di mana terletaknya sebuah masjid indah bernama Masjid Brunei Darussalam di tebing tasik yang terbentang luas.

Siapa Tok Uban?

Tok Uban ni adalah nama seseorang. Kemungkinan besar dialah yang membuka tempat bernama Tok Uban yang terletak di Pasir Mas ni. Nama sebenar Tok Uban adalah Haji Sulaiman yang kuburnya sekarang dijaga oleh cucu-cucunya. InsyaAllah kalau ada masa bolehlah aku cari kubur arwah Tok Uban ni. Boleh juga tanya cucu-cucunya sama ada betul atau tidak datuk diorang ni yang membuka tempat bernama Tok Uban.


Ada juga yang mengatakan Tok Uban adalah seorang lelaki bertaraf wali yang mempunyai pelbagai ilmu. Ada beberapa orang yang mengaku pernah berguru dengan Tok Uban. Lagi misteri apabila dikatakan Tok Uban adalah jelmaan sepanjang zaman. Tak perlu rasanya nak cerita lebih lanjut pasal ni sebab ianya sangat jauh untuk diterima oleh akal kita.

Misteri Danau Tok Uban

Sekarang kita masuk cerita pasal Danau Tok Uban pula. Seperti yang kita tahu Masjid Brunei didirikan di tebing tasik yang luas. Tasik atau lebih tepat disebut danau dahulunya dikatakan adalah tempat di mana Empayar Kota Chermin berada. Ada yang menyebut Empayar Chermin, Kota Chermin dan Negeri Chermin. Dalam cerita ni kita kekalkan dengan panggilan Kota Chermin iaitu Kelantan Purba.

Kota Chermin adalah sebuah negeri (Kelantan Purba) dengan ibu kotanya dikenali sebagai Jiddah dan menjadi pusat perdagangan melalui Sungai Kelantan. Ianya juga ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman a.s. Dahulunya sihir dan ilmu ghaib menjadi mainan. Mengikut sejarah Nabi Sulaiman a.s. memang pada zaman itu sihir bukanlah sesuatu yang asing. Tapi sampai satu tahap ianya dihapuskan dan kitab-kitab yang mengandungi ilmu-ilmu sihir tersebut telah disembunyikan oleh Nabi Sulaiman a.s. di Temple of Solomon (Kuil Sulaiman) yang terletak di bawah Masjidil Aqsa yang pihak Zionis giat duk menggali sekarang ni untuk membangkitkan semula era dunia sihir.

Ditakdirkan Allah s.w.t. terjadilah bencana alam yang dahsyat hingga Sungai Kelantan ditutup lalu terbentuklah Selat Melaka yang menjadi pusat perdagangan dunia terulung ketika itu. Ada yang mengatakan bencana alam yang dimaksudkan adalah gempa bumi, ada juga mengatakan tsunami. Namun kedua-dua bencana alam tersebut memang saling berkait rapat. Dan bermula dari bencana alam itulah terpisah antara Semenanjung dan Sumatera yang dulunya ia bersambung. Jiddah pula ditenggelami air lalu membentuk danau yang sekarang ni dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Dikatakan Jiddah mempunyai harta emas yang sangat banyak. Atas sebab itulah Pasir Mas (Emas) dan Tanah Merah mendapat nama. Secara ringkasnya di dasar Danau Tok Uban terdapat harta yang tenggelam tetapi misterinya timbul apabila ada pihak yang cuba untuk mengambil beberapa harga yang tenggelam tersebut gagal untuk membawanya naik ke permukaan. Menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta yang terkandung di dasar Danau Tok Uban bakal digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.

Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

Ada pendapat mengatakan Timur yang dimaksudkan ada kemungkinan ialah Danau Tok Uban, di mana segala yang tersirat tersimpan..wallahuallam

Berkaitan dengan Kota Chermin yang tenggelam, ianya ada kaitan dengan orang Kelantan yang biasanya lebih sinonim dengan emas dan kebanyakan pakar pertukangan emas adalah daripada kalangan orang Kelantan. Aku tak boleh nak ulas lanjut pasal ni sebab memang tak tahu. Tapi korang boleh selidik sendiri. Yang aku tahu Majalah Tiga pernah buat jurnal berkenaan dengan emas di Kelantan. Oh ye, buat pengetahuan Pasir Mas dan Tanah Merah adalah bersempadan.

Kisah Bukit Panau

Selain Danau Tok Uban, Bukit Panau yang terletak di Tanah Merah dan berhampiran dengan Danau Tok Uban juga menjadi salah satu daya penarik untuk gua terus mengorek rahsia dan misteri yang berlaku satu ketika dulu. Ada pihak mengatakan Mount Ophir yang disebut dalam kitab Yahudi yang merujuk kepada Gunung Ledang di mana Nabi Sulaiman a.s. pernah sampai ke sana sebenarnya adalah Bukit Panau setelah kajian dibuat. Tak tahu pula kajian macam mana yang diorang buat. Taip itu tak penting. Yang hendak gua sampaikan adalah kisah antara Sayyid Hussein Jamadil Qubra dan juga Laksamana Hang Tuah di Bukit Panau.

Sayyid Hussein Jamadil Qubra

Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku. Masjid Kg. Laut pada asalnya terletak di Kampung Laut berhampiran Sungai Kelantan tetapi dipindahkan ke Nilam Puri bertentangan dengan UM Cawangan Kampus Islam atas sebab tapaknya semakin terhakis dan ditenggelami air yang sekarang ni dah menjadi sungai. Perasaannya betul-betul tak sama kalau nak dibandingkan dengan masjid moden sekarang ni. Bukan sebab perbezaan struktur dan zaman, tapi…entahlah. Susah nak cakap. Misteri.. kah kah kah kah


Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang.Maka terjawaplah persoalan diatas...! kah kah kah kah

Laksamana Hang Tuah

Adik kepada Sayyid Hussein Jamadil Qubra iaitu Syeikh Thana’uddin menetap di Bukit Panau sebagai tempat pertapaan. Di Bukit Panau inilah Laksamana Hang Tuah datang berguru dengan Syeikh Thana’uddin yang menggunakan nama gelaran Adi Putera setelah berjalan selama 7 hari 7 malam dari Kota Melaka sekitar tahun 1400 Masihi.

Dikatakan juga Hang Tuah adalah guru kepada Allahyarham Dato’ Paduka Meor Abdul Rahman iaitu Mahaguru Silat Seni Gayong yang sangat terkemuka. Maksud guru yang dinyatakan bukanlah secara direct kerana Hang Tuah dan Meor Abdul Rahmanadalah daripada dua zaman yang berbeza. Allahyarham Meor Abdul Rahman dilahirkan 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Mustahil mereka berdua boleh berjumpa dalam jarak masa yang terlalu jauh.

Guru yang dimaksudkan adalah melalui mimpi yang dialami oleh Meor Abdul Rahman semasa beliau ke Mee Nam, selatan Thailand. Hang Tuah telah meludah ke dalam mulut Dato’ Meor untuk menurunkan ilmunya.

nota: Gua ada terbaca satu cerita, ada seorang ustaz ini mengaku masjid itu malah seluruh Danau Tok Uban terletak di dalam lingkungan kawasan sebuah kota lama yang masih boleh dilihat dengan mata batin... Hmm... Tak boleh cerita sangat tentang ini. Cukuplah kalau dikatakan dalam Danau Tok Uban itu terdapat banyak harta peninggalan dahulukala, cukup banyak... Kata si ustaz, ada juga beberapa pihak cuba menarik harta ini tetapi tidak berjaya. Yang menarik, ustaz ini tahu bahawa harta tersebut adalah harta untuk belanja perang akhir zaman...

Pergggghhhh... Makin berminat gua dengan kisah misteri ni beb..!! Sapa nk join gua kesana, colling2 la beb. Kita mulakan misi terbaru kita... kah kah kah kah

sumber 

You Might Also Like

9 comments

  1. Pergh Abe...penat baca.. penuh nama-nama misteri dan tak dikenali LANGSUNG..hihu..menarik..

    ReplyDelete
  2. Oo banyaknya mistri. Tapi saya suka baca yang misteri-misteri ni.
    Macam baca Mastika pulaklah pulak.

    ReplyDelete
  3. fakta atau auta atau tak makan ubat lagi demo ni

    ReplyDelete
  4. Abe,

    Saya ada membaca sebuah buku mengenai sejarah silam kelantan karangan sdra abd halim. Tajuknya ambo lupa t3tapi buku itu ada dalam salah satu kotak buku2 ambo yang tak muat almari.

    Cerita sheikh thanauddin adik sheikh jamad il kubra menetap dibukit panau ada diceritakan. Sheikh Thanauddin ini dikenali juga sebagai Sheikh Saman. Ab Halim juga mengatakan bahawa sheikh saman inilah guru hang tuah . Gunung temlat hang tuah berlajar itu adalah bukit panau.

    Mengenai danau tok uban itu, m3ngikut Abd Halim, satu masa dulu ia adalah pusat pemerintahan kerajaan yang besar yang di kenali sebagai empayar cermin. P3ngkaji2 sejarah moden juga ada mengesahkan wujudnya empayar cermin atau cermin jeddah ini.

    Salah seorang pengkaji s3jarah kelantan lama yang terkenal di kelantan ialah Allahyarham ustaz abdullah nakula. Beliau diiktiraf sebagai otoriti sejarah kelantan purba dan sering dirujuk ol3h pengkaji2 sejarah termasuk dari eropah, jepun dll apabila membicarakan isu yang melibatkan sejarah kelantan purba.

    Allahyarham adalah bekas ustaz yang mengajar ambo dari std 1 hingga std 6 akhir tahun 60an/70an di SRJK Sultan Ismail 2.

    ReplyDelete
  5. abe. tentang keturunan sayyid hussein jamadil kubra bahawa cucu nye sultan sharif ali tu tidak sohih... 😓 tolong bace entri d dlm link ne ye..http://sejarahkelantan.wordpress.com/2012/10/03/sultan-syarif-alisultan-berkat-brunei-bukan-keturunan-sayyid-hussien-jamadil-qubra/

    maaff ye.. sya dri Brunei. maka sya terasa musykil dn telah mmbuat penyelidikan.. dan hal itu tak sohih. 😓 ape2pon, terimakasih atas pengenalan tentang masjid brunei darussalam. untung nyee 😊

    ReplyDelete
  6. Betul lah shbt colourful warna katakan..sy dr Msia mngenai Sultan Sharif Ali ...di kenali Sultan Berkat dtg direct dr yaman...mungkin yg di sebut oleh mrk ini, barangkali nama serupa ttpi individu yg berbeza....

    ReplyDelete
  7. Banyak sangat komplikasi untuk dikaitkan dengan bukit panau . Dahulunya bukit itu pernah dijadikan tempat untuk bersuluk . Dan tempat persinggahan pertama Wali Songo (ketika sy buat rujukan di perpustakaan negeri kelantan ) . Terdapat juga makam syeikh thanauddin atau lebih dikenali sebagai syeikh saman . Ada juga yg mengatakan bahawa makam itu dikenali syeikh abdul qadir jailani . Timbul pelbagai persoalan antara nama2 wali tersebut . Milik siapa makam di atas bukit panau??

    ReplyDelete
  8. Banyak sejarah melayu yg telah dipadam penjajah, tak mustahil kalau sejarah2 sbegini tiada dalam buku sejarah. Mungkin Sahabat Colourful mengatakan yang benar tentang salasilah keturunan itu, tapi sejarah bukit panau dan misteri danau to'uban mungkin benar. Bukit panau juga pernah diduduki oleh Puteri Sa'adong anak angkat Cik Siti Wan Kembang 2 selepas beberapa lama ditinggalkan oleh Wali berkenaan. Walau apa pun, Allah lah yang lebih mengetahui segala-galanya.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad