Saturday, 1 September 2012

8 Sifat Pakaian Wanita Islam


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat. Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi S.A.W dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh badan dari luar. “Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk (bonggol) unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: Masuk Islam Hanya Kerana Seorang Budak Kecil...


Salam

Pagi ni Abe berkongsi lagi, kongsi suatu kisah pengajaran yang amat amat amat tersentuh bila Abe membacanya... Kisah ni tak rugi kalau dibaca... Pengajarannya & Nilai Murni daripada kisah ini sungguh menarik bagi Abe... Kisahnya begini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 31 August 2012

Surah Al-Fatihah dipermain-mainkan di dalam lagu Akon (Arab Money Remix)?


Petang ni, bila Abe belek2 YouTube, Abe agak terkejut jugaklah... Bukan terkejut sebab nampak Hantu @ Jin, tapi Abe sangat3x terkejut bila Abe terDengar lagu ni... Tajuknya ARAB MONEY. Abe amat3x tak faham apa motif lagu ni sebenarnya. Tapi Abe terdengar beberapa perkataan yang terdapat dalam surah Al-Fatihah dinyanyikan secara berulang kali sepanjang lagu ni. Pada Abe, jelas nyata Surah Al Fatihah dipermainkan. Dekat bawah ni Abe ada letak 'videoklip' lagu tak sepatutnya ni...

SUBHANALLAH: Gadis Cina Yang Baik Hati... Sikap Terpuji



Bila tak dapat tidur macam sekarang ni, tetiba pulak Abe teringin nak berkongsi dengan korang semua tentang SIKAP. Di sini, terdetik di hati Abe untuk berkongsi tentang gambar2 ni... Abe amik gambar2 ni dekat FB sikit masa dulu... Walaupun mungkin korang semua dah pernah lihat gambar2 ni, tapi pada Abe, SIKAP yang ditunjukkan dalam gambar2 ni wajar kita semua CONTOHI.. 
baca lagi & lagi gambar2 berkaitan, Klik TAJUK Entri ni...
Thursday, 30 August 2012

EKSKLUSIF: Saintis Membuktikan Nabi Musa A.S Membelah Laut


Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.

Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa. Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: Gambar Samsung Bayar Saman Apple SEJUTA DOLAR Dengan Menggunakan Duit 5 Sen


Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik. Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3


Abe Blogger Baru dari Putrajaya.... Asalnya dari Kuantan, PAHANG... Sahabat Abe di Blog www.queachmad.com baru 453 orang je :)

KISAH BENAR: Kisah Rasulullah S.A.W Sewaktu Ajal Menjemput Baginda...


Betapa mulia dan indahnya akhlak Baginda Rasulullah Mengingatkan kita dalam Kematian. Abe harap korang semua baca sampai habis dan ambil iktibar? Masyarakat kita kini kalu sebut pasal artis semua tahu siap dengan terperinci lagi tu serba-serbinya tapi kalau tanya pasal agama belum tentu lagi tahu ke tidak..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Wednesday, 29 August 2012

KUASA ALLAH: Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol


KAJANG – Seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi kelmarin berakhir dengan dia menjadi sasaran nafsu jahat lelaki itu yang sanggup mencabul dan cuba merogolnya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi di Taman Jasmin di sini membabitkan lelaki warga emas berusia 65 tahun. Suspek yang tinggal satu taman dengan rumah mangsa dikatakan muncul di rumah mangsa sejurus selepas suami mangsa keluar bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak


Salam

Pepagi segini suka sangatlah Abe menulis... Bos besar dah suruh gi tidur, tak boleh ingkar sebab bos Besar cakap benda yang betul :). korang tahu tak, Abe rasa puas bila dapat berkongsi dengan korang semua di Blog Abe ni... Kisah benar jugak ni. Ini kisah lama, tapi tak salah kan kalau dibaca sebagai renungan... untuk ambik pengajaran... Jangan TAKUT untuk BACA sebab ni bukan cerita hantu pun, kisah ni semata2 penuh dengan Pengajaran... Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Kata Ustaz: Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 28 August 2012

NAUZUBILLAH: Amalan 'TEST DARA' Dulu Sebelum Kahwin Kini Jadi Trend?


Salam Petang.

Macam2 manusia zaman sekarang ni.. Orang berkasih, dia nak berkasih. Orang bercinta, dia nak bercinta... Mengenali dan bercinta dengan seseorang perempuan tapi tiada niat untuk memperisterikannya merupakan satu mende yang kurang elok, kata Uztaz Azhar Idrus la, Abe copy je ayat Ustaz Azhar, hehehhehe... Yang ni pulak, Abe terBaca dalam satu artikel. Kisahnya tentang amalan yang telah menjadi 'trend' oleh anak muda zaman sekarang ni... Tak tahulah Abe 'trend' pesen apa namanya ni... Ni semua gara2 Jahil Agama, hurmmmm. Kisah ini khabarnya berlaku di Kuala Lumpur. Ni Abe kongsikan dengan korang semua:

Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu ‘kekasih SMS’ buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

NAUZUBILLAH: Gadis Sanggup Melacur Untuk Dapatkan iPhone 4s


Salam awal pagi...

Tak dapat tidurlah... Mungkin badan Abe penat sangat kot, biasalah bila mengalami suatu perjalanan yang sukar, badan akan cepat letih. So, apa lagi, terus capat BroadBand wat 'entri' ni... Ni jelah peneman Abe buat masa ni sebelum Akad, hehhehehe... Godek2 GooGle, jumpa pulak gambar Aweks CUN yang pada Abe tak bermoral ni... Mujurlah BUKAN orang kita... Kalau tak, hurmmmmm tak tahu Abe nak cakap apa... Nak tanya ciket, kenapalah Maruah pada zaman la ni begitu MURAH SANGAT? Hurmmmmm, jawapan pada soklan Abe ni AKAN HANYA dapat dijawab oleh ORANG YANG NAFSUNYA Nafsu MACAM Binatang... Yang HARAM di HALALkan... Orang yang akal dia letakkan No 2 & Nafsu No 1. Mungkinlah kot... Hurmmmm....
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 27 August 2012

BICARA SYAWAL QUE: ALLAH S.W.T Tak Bagi Kita Bil, Semuanya PERCUMA. Renung & Bersyukurlah...


 
Salam...

Abe kembali menulis petang ni... Biasalah, petang2 segini boring ada, ngantuk pun ada... Abe nak kongsi sikit pasal 'Bersyukur'...

Setiap bulan pelbagai jenis bil akan menghiasi ruang hidup kita. Bil air, elektrik, insurans, kereta, cukai dan sebagainya. Kenapa perlu membayar bil? Bil dibayar kerana kita telah mengunakan sumber atau perkhidmatan daripada pihak tertentu. Setiap perkhidmatan yang kita gunakan sudah tentu perlu dibayar. Pembekal dan pengguna. Kitarannya adalah sama setiap masa. Namun, sedarkah kita bahawa ada suatu perkhidmatan yang kita guna tanpa sebarang bayaran dari pembekalnya?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: Muncul Kalimah ALLAH Di Penyodok Sampah Setelah Disambar Petir!


Sebuah penyodok sampah milik Emi Fajareni 48′ berasal dari Mojokerto, Indonesia telah menggemparkan warga setempat. Ini kerana, telah muncul kalimah menyerupai Allah setelah di sambar petir. Kejadian berlaku pada petang 14/2/2012 di mana ketika itu hujan sangat lebat dengan kilat sabung menyabung.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: Masjid Pertama Di Dasar Air


JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 26 August 2012

PANAS: Hina Baginda Rasulullah S.A.W, Lelaki Ini Ditikam 15 Kali


SEORANG juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan (46) itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.

Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya, dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada & lengan. Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak “kamu adalah musuh Allah” sambil melancarkan serangan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Benci Bertukar Menjadi CINTA... (Peribadi Baginda Rasulullah S.A.W)



Seorang wanita tua yang sedang melintasi gurun pasir dengan membawa beban yang berat. Walaupun nampak dalam kesusahan, namun dia tetap berusaha membawa barang bawaannya dengan sekuat tenaga. Tak lama kemudian, seorang lelaki muda datang dan menawarkan diri untuk mengangkat bawaannya. Wanitu malang itu menerima tawaran tersebut dengan senang hati. Lelaki itu pun mengangkat bawaannya kemudian mereka berjalan beriringan.

“Mudahnya kamu nak membantu dan menemani, saya sangat menghargainya”, kata wanita itu. Ternyata ia adalah seorang wanita yang mudah mesra. Lelaki itu pun dengan sabar mendengarkan sambil tersenyum. Tiba2 Wanita tua itu bertanya pada Lelaki tersebut, “Anak muda, selama kita berjalan bersama, saya mahu buat satu permintaan. Jangan bercakap apapun tentang Muhammad! Sebab dia, tidak ada lagi rasa damai dan saya sangat terganggu jika menyebut namanya. Jadi sekali lagi, jangan bercakap apapun tentang Muhammad!”.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com