Raya dah nak dekat, mungkin masing2 dah beli baju raya dah kot... Pada Abe, Abe hanya pakai baju tahun lepas je. Abe tak kisah sangat bab berpakaian ni, Abe ok je pakai apa2 pun. Lagipun ada selai lagi baju T-Shirt baru yang Abe dah beli, belum Abe pakai lagi.. Pakai yang tu jelah Raya nanti.. Yang Abe dahulukan, baju raya utk Mak, Ayah & Adik2 Abe... Tu paling penting pada Abe.. Abe nak citer ni, masa Abe belek2 KosmoOnline tadi, Abe adalah terpandang artikel ni, tersentap Abe. Bersimpati pun ada... Dunia sekarang, penipuan berleluasa... Ni Abe kongsikan dengan korang semua...
PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung
baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial,
Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang
dipesan tidak diterima. Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini
kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak
diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai
laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut
selepas dua hari membuat bayaran.