Sahabat Que 'Silent Readers'

Ciri-Ciri Suami AWESOME Wajib Baca | Mengikut Ustaz Azhar Idrus

2/10/2013 12:59:00 am

Ciri-Ciri Suami AWESOME Wajib Baca | Mengikut Ustaz Azhar Idrus | Kalu korang ada masa, singgahlah ke FanPage Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (Original). Pastu jangan lupa untuk LIKE Fanpage ni ye :)


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.


5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.


7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.


8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.


9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”


10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.


11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.


14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini! hehe.. :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Entri yang sangat bergune ;)

    Kelakar U.A.i : terbahak2 bace post nie :)

    nurulnajihahadam.blogspot.com
    [ keep in touch yaaa ;) ]

    ReplyDelete
  2. memey dok cari lagu ni la...payah sungguh nak jumpa...hoho

    ReplyDelete
  3. nak dapat 100% cam tu memang payah,dapat 70% kira okey lah,berkenalan dulu, dan tanya member dia camana perangai. kira tips lah tuh!

    ReplyDelete
  4. berkenalan dulu,selidik latar belakang,kalau dapat 70% cam tu dah kira bagus. cari yang sekufu.

    ReplyDelete
  5. senang je nok jupo, salah sorgnya nama Que Achmad :)

    ReplyDelete
  6. heheh..boleh baca Fatihah dengan betul. Kalau tk betul sikit2 dah boleh terima..

    ReplyDelete
  7. slm hahaha sy gelak baca yg no 16 tu,tpi ofcemate ppuan yg blm kawin,diorg kata rupa pun kena cr yg sedap mata memandang,x hensem xpa,sbb nnt nk hdp dan tidur hga akhir hayat,nk sejuklah mata memandang psgn di sebelah katil he3.

    ReplyDelete
  8. Sebijik mcm Hubby saya..trutama yg No.8 tu...mcm2 gaya ada...mcm la Ust UAI tgl sebelah rmh plak...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad